Resepi Kari Ikan Mamak
Resepi Kari Ikan Mamak
Kari ikan mamak, tapi hakak tambah santan bagi pekat2 berlemak gituuuu..request dari tetamu nak makan kari ikan mamak.
Dulu hakak keje kedai mamak masak kari, resepi ni kakak mamak yang perturunkan kat hakak. Resepinya simple ajer tapi rasa mmg umphhhh.sape2 pun boleh buat.
Kari ikan mamak
(kalau nak letak santan pun boleh, tak nak letak santan pun boleh, hakak tekak melayu, jadi hakak letak santan)
Resepi ni untuk 5 ekor ikan
- Tak kisah ikan jenis apa ye
Bahan - bahan:
5 ekor ikan
Santan
3 ulas bawang putih + 1biji bawang besar + halia sebesar ibu jari + 10biji cili hijau kecik = blend kasar
1 ulas bawang putih + 1biji bawang merah = hiris
Daun kari
7 biji cili merah dan hijau kecik di ketuk2
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar cili kisar
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan (hakak guna rempah timbang ori dari india)
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (di belah ye)
Bendi
Gula + garam + ajinamoto
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang merah yang di hiris dan biji sawi hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan2 yang telah di blend, kacau hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari ikan + rempah kari daging/ayam + serbuk kunyit + daun kari, dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa(sebab bila kita masukkan rempah kari, bahan tumisan akan jadi kering, jadi kena tambah sedikit air). Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul2 pecah minyak.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula garam ajinamoto, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan.(sekiranya taknak letak santan, cuma tambahkan air sahaja, jangan terlalu banyak air sbb nanti kuah cair)
5. Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi.
6. Agak agak ikan dah masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan siap
Cdt: zara zahara