RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU
KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1cawan gula halus
1sudubesar ovalate
2sudukecil esen coffee
Mix bahan-bahan di atas sampai agak kembang elok.
AYAKKAN
2 cawan tepung gandum
1 sudubesar serbuk koko
1sudukecil cream off tartar
1sudukecil baking powder
1/2 sudukecil soda bikarbonat*
Bile bahan mix dah kembang,masukkan semua bahan,ayak dalam mixer slow-slow.
Last, baru masukkan 5sudubesar minyak masak baru lah kacau.
Panaskan kukusan dan kukus api besar 10 minit untuk bekas sq 450.
GANACHE MELTING boleh simpan untuk beberapa lama,nak gune just cairkan sikit dalam pengukus atau oven.
CARANYA:
350g coklat compound dark beryls patah-patahkan
1 cawan 1/2(satu cawan setengah) whipping cream
1 sudu majerin
panaskan dan whiskkan sampai semua cair.
Masukkan dalam peti ais bagi pekat sikit,baru masuk piping beg untuk lorek permukaan kek.
TOPPING CHEESE LELEH
1kg cheese tatura
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 cawan 1/2 susu segar
Blenderkan👆
CARA-CARANYA:
Tuang atas kek,cheese yang diblend tadi.
Pastu lorek ganace,then ayakkan tiramisu powder( mula-mula tabur snow powder bagi ape yang kite ayak tu tak larut dalam cheese kemudian baru campurkan 3sudubesar serbuk koko+3sudubesar serbuk milo+1sachet coffee 3 in 1.)
Tabur caramel chips.done.Boleh jual harge rm8-10 sebekas ya.
Credit : Azlina Ina Fans