Resepi Ramen Tteoboki

 


Resepi Ramen Tteoboki

Musim PKP ni nak makan ape semua kena buat sendiri kan ? Malam semalam mumy buat #ramentteoboki atau #rabokki atau whateverlah nama dia..My first trial so ini lah hasilnya!


BAHAN RICE CAKE
  • Tepung pulut 2 cawan
  • Tepung gandum 6 sudu
  • Secubit garam
  • Air secukupnya

Cara-caranya :
Gaul tepung pulut , tepung gandum, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan. Bentukkan doh panjang2 jari kelingking. Didihkan air dengan sedikit minyak. Kemudian rebus rice cake . Kalau rice cake dah terapung maknanya dah masak.Tos dan ketepikan.

BAHAN KUAH
  • 2 ulas bawang putih chopped
  • Sedikit minyak
  • 5 sudu sos Korea Adabi (wajib)
  • 4 sudu sos cili
  • 1 sudu gula merah
  • Serbuk perasa /kiub ikan bilis
  • Sosej
  • Isi ketam
  • Kubis
  • Daun bawang
  • Air secukupnya
  • Maggi / ramen (2 keping)
  • Telur rebus

Cara-caranya:
  • Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masuk semua sos , gula merah dan perasa.
  • Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 sosej, isi ketam dan kubis.
  • Masukkan maggi/ ramen
  • Masukkan rice cake
  • Masak sehingga kuah memekat.
  • Taburkan daun bawang dan masukkan telur rebus
  • Kalau ada bijan taburkan. Kalau xde tak ape 


Selamat Mencuba!




Kredit Resepi : dyaa azman


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel