Resepi Kek Coklat Cheese Berhantu

 


Resepi Kek Coklat Cheese (tornado / berhantu)

BAHAN UNTUK KEK:

Bahan A:
* 5 biji telur
* 1 cawan gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak atau marjerin cair

Bahan B
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* Sedikit garam halus

Bahan C
* 1/2 cawan air panas

Cara-cara:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
3. Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
4. Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
5. Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk coklat ganache:
* 500g milk chocolate
* 1 cawan dairy whipping cream
* 1 sudu besar marjerin

Cara-cara untuk coklat ganache:
1. Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
2. Kacau sehingga likat dan smooth.
3. Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.

Bahan untuk topping cheese:
* 250g cheese tatura
* 3 sudu besar susu pekat
* 1/2 cawan non-dairy whiping cream
* 1/4 cawan susu segar

Cara-cara untuk topping cheese:
1. Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
2. Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
3. Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
4. Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
5. Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.



Kredit: Hamizah mohd sharudin


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel