Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang

 



Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang

Assalamualaikum semua... pagi ni pekena nasi kerabu bunga telang... dgn solok lada, daging bakar, ayam goreng, telor masin homemade dan kopok kering... dah lama tak buat sebenarnya sbb teringin ni bersilat juga kat dapur.. dan kuih tepung pasung buat mlm tadi kuih ni banyak dijual belah pantai timur.. so sblm anak2 ke sekolah sempat la makan ... jemput semua

Ada yang mesej mencari resepi nasi kerabu full set di sini saya sertakan sekali lagi resepi nya.. selamat mencuba

Bahan-bahan:

  • Nasi
  • 3 cawan nasi
  • Sedikit pewarna biru atau bunga telang yg diramas hingga keluar warna biru
  • Air secukupnya
  • 4 helai daun limau purut di ramas
  • 1 batang serai dititik
  • Sedikit garam

Basuh bersih beras..masukkan air secukupnya mcm nak masak nasi.. kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam


Sambal Tumis (dimasak lebih awal...belah malam jika nak buat sarapan..lagi sedap)

  • 4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)**
  • sedikit halia**
  • sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk
  • 1 batang serai dititik
  • budu
  • garam, gula
  • belacan
  • santan pekat
  • sedikit air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak

Kisar bahan yang bertanda **.dgn sedikit air.. panaskan kuali dan isi minyak masak.. dah panaskan minyak masukkan bahan kisar..tumis sehingga pecah minyak ..masukkan serai, budu, garam gula, belacan...

Tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa..masak sehingga ia pekat ..siap!!


Sambal ikan + kelapa

  • 3 ekor ikan kembung
  • 2 biji bwang besar (sederhana besar)*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 1cawan santan cair
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
  • garam, gula
  • 1 cawan kelapa parut - nak lebih pun boleh

Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan

Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja

Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar

Kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula...masak sehingga ia agak kering...(rujuk gambar) kemudian rasa dah ok.masukkan kelapa goring tadi..kacau sebati..siap


Daging bakar 500 gm daging cuci bersih

Bahan Sangai (goreng tanpa minyak)

1 sudu teh jintan manis

2 sudu teh jintan putih


Bahan kisar

  • 1 sudu besar cili rebus kisar
  • 1biji bawang besar
  • 2 inc halia
  • 1/2 inc lengkuas
  • 1 inc kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Gula dan garam secukup rasa

- bahan sangai ditumbuk halus lalu dicampur dgn bahan kisar... dan lumur pada daging dan perap semalaman atau 4 jam... dan boleh di bakar .. saya guna magic pan


Solok Ikan

  • 2 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit lada hitam lebih kurang 1/3 sudu besar
  • sedikit kelapa parut kelapa parut
  • garam dan gula

Cara-cara:

Tumbuk bawang besar, lada hitam, kelapa parut kemudian masukkan isi ikan kembung, tambah garam dan sedikit gula..tumbuk biar isi ikan hancur.. masukkan adunan ni dlm lada hijau yang telah dibelah bahagian tengahnya

kukus dalam 10 minit (saya kukus dlm periuk atasnya guna bekas penyejat dan tutup)


Sambal cuka (agak2 rasa sambal tumis tak pedas boleh buat sambal cuka)

  • Cili padi
  • Lada merah
  • Cuka sikit
  • Garam dan gula
  • 1 ulas bawang putih di bakar sekejap

Cara-cara:

Kisar kasar semua bahan utk sambal cuka..

Bahan hiasan

  • Kobis, kacang panjang, tauge, ulam raja ke, timun
  • Keropok goring
  • Daging bakar
  • Lada cuka





Kredit : Menu Keluarga

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel