Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah

 


Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah


Bahan-Bahannya: Untuk 5 -6 orang

5 gulung yee mee

5 ulas bawang putih – dicincang halus

1/2 inci halia – dicincang halus

Ayam – dipotong kecil

Cendawan shitake kering atau basah

5 biji cili kering – dipotong-potong

4 sudu makan sos tiram

3 sudu makan kicap cair

3 sudu makan kicap pekat

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 sudu makan minyak bijan

1 ketul kiub ayam

2 atau 3 sudu makan tepung jagung + sedikit air

Minyak untuk menumis

4 cawan air atau lebih

Resepi Cili potong – cili api, kicap cair dan sedikit cuka


Cara-Caranya:

1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.


2. Masukkan 4 cawan air (kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.


3. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.


4. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.


Nota:

Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, janganlah dibuang, tapi cuci bersih-bersih sehingga hilang semua karatnya.

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.


Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel