Kombo Nov Di karyaseni.my - Novel Anugerah Cinta Daripada Dia | Novel My Sewel Guy | Novel Encik Suamiku Hipster | Novel Sungguh, Saya Cintakan Awak! - Percuma Novel Kampung Girl

? Assalamualaikum ?

Kombo Nov Di karyaseni.my - Novel Anugerah Cinta Daripada Dia | Novel My Sewel Guy | Novel Encik Suamiku Hipster | Novel Sungguh, Saya Cintakan Awak! - Percuma Novel Kampung Girl 

Kandungan:
1X Anugerah Cinta Daripada Dia
1XMy Sewel Guy
1XEncik Suamiku Hipster
1XSungguh, Saya Cintakan Awak!
Percuma Kampung Girl

Tajuk: Anugerah Cinta Daripada Dia
Penulis: Dhiyana
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-70-8
Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : November 2015
Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.
�Ikmal Bazli... I love you so much.� � DANIA.
Namun, hati Bazli masih belum terubat� Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.
�Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!� � BAZLI.
Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.
�Serius? Rindukan saya?� � BAZLI.
�Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!� � SYAKIRIN.
Kerana kesilapan tanpa diduga, hubungan yang mula mekar tiba-tiba terpaksa melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Syakirin akur! Bazli pasrah!
Pelbagai cabaran, dugaan dan juga ujian yang perlu dilalui oleh Bazli untuk memiliki Syakirin.  Kesilapan masa lampau dan juga masa kini tetap mengejarnya sehingga semakin menyukarkan keadaan untuk mereka berdua menemui jalan kebahagiaan. Setiakah Syakirin apabila mengetahui kisah lampau Bazli? Mampukah Bazli memiliki kebahagiaan yang selama ini diimpikannya? Mampukah Syakirin menerima bahawa cinta pertama Bazli ialah Zara yang merupakan kawan baik kepada Syakirin?

Tajuk: My Sewel Guy
Penulis: Aimy Haniya
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-69-2
Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : November 2015
Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati  sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan� Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.
�Awak sengaja nak kacau saya ke?� - Nur Dahlia
�Aku ada kacau kau ke? Aku rasa� Aku tak ada sentuh kau langsung.� � Nasri Haikal
�Bukan kacau yang itu�� - Nur Dahlia
�Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?� - Nasri Haikal
Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.
�Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?� - Nur Dahlia
�Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?� - Nasri Haikal
�Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.� - Nur Dahlia
�Itu kan telefon aku.� - Nasri Haikal
Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat,Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
�Kalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.� - Nasri Haikal
�Dah� Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?� - Nur Dahlia
�Ni� Lelaki tu dekat sini.� - Nasri Haikal
�Mana? Awak ke?� - Nur Dahlia
Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal� Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya? 

Tajuk: Encik Suamiku Hipster
Penulis: Hazel Jay
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-94-5
Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : November 2015
Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.
�Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.�
~ Hania
Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.
�Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?� - Saffarin
Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap �sesuatu� itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!
�Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba. Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli dengan duit hasil jual baju-baju dia tu. Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu.� - Hakem
Bisakah Hania menerima encik suami hipster sebagai teman sehidup sematinya?

Tajuk: Sungguh, Saya Cintakan Awak!
Penulis: Shaista Haziq
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-95-2
Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : November 2015
Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah!
�Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.� - AJMAL
�Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!� - ADRA
�Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?� - AJMAL
Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra.
�Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.� - YASMIN
Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang?
�Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?� - Adra
�Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.� - Ajmal
Dalam hati Ajmal hanya ada Adra. Namun, bagaimana pula dengan cinta Yasmin, calon pilihan umi Ajmal? Mampukah Ajmal mempertahankan hubungan cintanya dengan Adra saat waktu pertunangannya hanya tinggal beberapa hari lagi dan semua persiapan telah dilakukan? Antara cinta dan keluarga, yang mana menjadi pilihan Ajmal? Sungguh, Saya Cintakan Awak merungkaikan kisah cinta yang penuh emosi ini. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel