Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Apakah tajuk Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016? Jika merujuk kepada Jadual Peperiksaan PT3 tahun 2016, pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan Folio Kerja Kursus Geografi PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk yang akan diberikan kelak. Pihak kami akan mengemaskini dari masa kesemasa.
  
  • Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 2016 : Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/ sekolah anda
contoh folio Sistem Pengangkutan Di Kawasan Tempat Tinggal

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Berikut dikongsikan maklumat penting dalam Kerja Kursus Geografi PT3 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 tahun 2016 : Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/ sekolah anda
  • Tarikh : Bermula 17 Julai hingga 29 Julai 2016

Contoh Jawapan Tugasan Sistem Pengangkutan Di Malaysia

1. Penentuan Tajuk 

Berdasarkan kepada arahan guru masing-masing. Calon dikehendaki menjalankan kajian kes terhadap pengangkutan di kawasan tempat tinggal anda atau sekolah anda. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian.

2. Senarai Kandungan

Mengandungi perkara/ butiran dan no halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan. 

3. Penghargaan

Contoh : Pelajar menyatakan dan menerangkan sebab musabab penghargaan kepada beberapa pihak yang penting diantaranya seperti Pengetua (nama & sebab), Guru mata pelajaran (nama & sebab), Ibu bapa / penjaga (nama & sebab),  rakan-rakan (nama-nama & sebab) serta Pihak luar / responden. Pelajar perlu menyatakan nama pihak yang dinyatakan yang lengkap beserta mengapa penghargaan itu diberikan.

Kesalahan lazim yang ditemui adalah pelajar hanya menulis nama pihak dengan tidak lengkap.

4. Pendahuluan

Menamakan Tajuk Kajian seperti contoh berikut :-

Saya telah memilih .............. sebagai kawasan kajian Kerja Kursus Geografi 2016. Temph kajian dijalankan adalah selama enam waktu pengajaran dan pembelajaran untuk disiapkan. Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan yang berfaedah berkaitan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal saya.

5. Objektif Kajian

Kajian yang dijalanakan ini adalah untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut. Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan dan disertakan dengan penyediaan bahan grafik yang bersesuaian:-
  • a) Konsep dan takrifan Sistem Pengangkutan
  • b) Latar belakang sistem pengangkutan. Kenalpasti jenis-jenis pengangkutan
  • c) Mengenalpasti masalah perkembangan sistem pengangkutan di kawasan kajian
  • d) Memberi cadangan untuk penambahbaikan atau mengurangkan masalah perkembangan sistem pengangkutan di kawasan kajian

6. Kawasan Kajian

Menghuraikan Kawasan kajian dengan jelas seperti kedudukan lokasi, bentuk fizikal kawasan, sistem pengangkutan, latar belakang/ sejarah kawasan kajian beserta dengan peta lokasi. 

    7. Kaedah Kajian 

    Pelajar perlu mengenalpasti kaedah kajian dan menghuraikannya. Contoh jenis kaedah kajian adalah melalui rujukan, pemerhatian, sesi temu bual? serta Soal selidik. Setiap kaedah kajian yang disertakan hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan.

    Bilangan responden yang disarankan untuk sesi temu bual ?adalah minimum 3 orang manakala Soal selidik, minimum 20 orang. Soalan temu bual atau soal selidik hendaklah berkaitan dengan objektif kajian.

    8. Hasil Dapatan Kajian

    Merangkumi huraian berkaitan konsep, jenis sistem pengangkutan, bahan grafik kajian, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan sistem pengangkutan di kawasan kajian calon.

    Hasil Dapatan Kajian merupakan bahagian yang sangat penting dalam Kerja Kursus Geografi. Calon perlu menulis laporan berkaitan data dan maklumat yang telah dikumpul berdasaran kepada kaedah kajian yang telah dilaksanakan.

    9. Rumusan Kajian

    Rumusan kajian adalah berdasarkan kepada setiap objektif yang perlajar perlu penuhi. Rumusan adalah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/ bahagian yang telah dihuraikan dalam dapatan kajian.

    10. Rujukan

    Bahan Rujukan Kerja Kursus Geografi PT3 2016

    Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 Tahun 2013 Hingga 2015

    Berikut dikongsikan beberapa maklumat/ panduan berkaitan dengan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 dari tahun 2013 hingga 2015:-

    Kerja Kursus Geografi Tahun 2013

    Kerja Kursus Geografi PT3 2014

      Kerja Kursus Geografi PT3 2015


      Panduan cara membuat Kerja Kursus Geografi PT3 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.
      Kredit contoh jawapan: Across The Land

      Iklan Atas Artikel

      Iklan Tengah Artikel 1

      Iklan Tengah Artikel 2

      Iklan Bawah Artikel