Remaja Perempuan Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Lima Kenalan Lelaki Yang Dikenali Melalui WeChat
KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan alami detik yang amat mengerikan dalam hidupnya apabila dipercayai dirogol oleh 5 rakan lelakinya yang baru sahaja dikenali 3 minggu lalu menerusi aplikasi Wechat.
Lima remaja lelaki terbabit yang masing-masing berusia dari 13 sehingga 18 tahun telah ditahan polis selepas menerima laporan dari orang awam di Manggatal pada Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, melalui siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang, selepas mangsa dikatakan dibawa oleh lima rakan lelaki itu dan dipelawa masuk ke sebuah rumah usang sebelum menemui kelima-lima suspek di sebuah taman.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa mendakwa telah dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.
Walau bagaimanapun, apabila mereka tiba di sebuah bangunan usang yang ditinggalkan itu mangsa dan suspek dikatakan hanya berbual-bula kosong sebelum dipaksa oleh suspek supaya mangsa berbaring di atas lantai dalam bangunan berkenaan.
Mereka kemudiannya terus berbual-bual dalam jangka masa dari 2 minit hingga ke 3 minit sebelum kesemua suspek-suspek itu bertindak kejam dengan merogol mangsa secara bergilir-gilir tanpa rasa belas kasihan terhadap mangsa.
Menurut Chandra, hasil risikan pihak polis dan kejasama orang awam yang memberikan maklumat, kelima-lima suspek telah diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima pada 26 Julai lalu, katanya.
Semua suspek yang berusia 13 hingga 18 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan, katanya.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.
Ekoran kejadian itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan agar sering memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka terutamanya perempuan supaya tidak membiarkan anak mereka berjalan bersendirian bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. - www.koleksiviral.com
Lima remaja lelaki terbabit yang masing-masing berusia dari 13 sehingga 18 tahun telah ditahan polis selepas menerima laporan dari orang awam di Manggatal pada Rabu lalu.
![]() |
Lokasi bangunan usang tempat mangsa dirogol bergilir-gilir. - Foto Harian Metro |