Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang
Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan, atau penerimaan seseorang bagi maksud ekploitasi. Pemerdagangan manusia merujuk aktiviti pemerdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi menusia secara haram sama ada untuk menjadi buruh yang sah atau buruh paksa. Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca.
Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya keguatan pemerdagangan manusia. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa berusa mengubah taraf hidup. Antara cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur.
Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong berlakunya kegiatan pemerdagangan orang. Pihak sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasi buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundangan. Apakah sampai dinegara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut akan dipaksa bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak asasi mereka sebagai manusia telah dirampas.
Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi dan martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil. Justeru, masalh ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan trauma kepada mangsa.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini semakin berleluasa. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada kegitan ini. Selain itu, hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini. Ketiadaan hukuman yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk menjalankan kegiatan jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan yang lemah menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.
Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai rangkaian domestik dan antarabangsa. Hal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti mereka dengan mudah kerana tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Misalnya, mereka berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa. Oleh itu, pihak berkuasa sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.
Tuntasnya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berlelusa. Oleh itu, semua pihak harus seia sekata dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini, jalan penyelesaian untuk mengatasi masalh ini perlu dirancang dengan teliti.
Contoh lain : Kesan Pemerdagangan Manusia Dan Langkah Mengatasi