Lembaga Bermata Merah di West Port, Pelabuhan Klang



Lokasi : WAP, West Port Pelabuhan Kelang
Tarikh : Tahun 2000
Jumlah : 3 orang
Jenis Hantu : Unidentified

Hari yang dijanji pun tiba..... So aku berdebar-debar menanti masa utk bertolak ke jeti pulau indah. Sebaik tiba di jeti pulau indah, kami bertiga pun menurunkan barang pancing dari bonet kereta. itu merupakan pengalaman pertama aku trun laut memancing menaiki bot. So, abg aku pun pergi mendapatkan tuan punya bot yang bernama pak mat. Sekitar tahun 2000 pak mat ni meniaga kat jeti pulau indah dan trut menawarkan perkhidmatan menyewa bot. Waktu tu jam menunjukkan pkul 9 malam. Selepas kami bertiga memuatkan barangan pancing dalam bot. Kami pun bertolak menuju ke area jeti star cruise dan memancing di area situ utk warm up joran. Perjalanan mengambil masa setengah jam memandangkan enjin bot berkuasa kecil.

Selepas puas warm up, kami pun terus memasuki area WAP kat west port. Lokasi yang di pilih ialah sekitar kantin west port. Berdekatan dengan kantin tersebut pula terdapat sebuah kuil hindu. So kami pun melabuhkan lah sauh dan meneruskan memancing.. Masa tu jam dah menunjukkan 1 pagi. So dalam leka menunggu ikan membelek umpang udang kita orang, tiba2 member aku si ali membebel..... Dia kata ni yang tak best ni... orang nak memancing dia pulak sibuk kat sini..... Bila terdengar bebelan si ali.... abg aku pun bertanya.. Kenapa kau cakap mcm tu ali.... Cuba ko pusing pandang ke arah aku ni ayie.... Sebab masa tu si ali ni memancing menghadap ke arah kuil hindu... Aku ngn abg aku menghadap ke arah wap tempat bot berlabuh..... So aku time tu malas lah nak pusing. Aku biarkan abg aku je yang pusing utk melihat. Sebaik abg aku memusing, dia terus toleh memandang aku dan senyap aje. Aku pun buat ***** aje... pastu dia bersuara & cakap ngn aku. Jom lah kita gerak cari port lain.... Sebelum sempat aku nak cakap... Tiba2 joran aku direntap oleh ikan. So aku mula lah bertarung. Didalam sibuk aku menjinakkan ikan, aku melihat si ali sedang menarik sauh naik manakala abg aku pula sedang menghidupkan enjin bot. Apa lagi, aku naik angin lah.... aku cakap boleh tak korang tggu jap... aku nak naik kan ikan.Abg aku senyum aje..... x pe kita orang tggu ko naik kan ikan sebelum aku pulas throttle engine ni.... Lebih kurang 3 minit.... ikan pun aku naikkan. Memang rezeki aku, aku dapt ikan senangin beratnyer lebih kurang 1.8 kilo. Pastu aku pun jerit moh lah.... tapi abg aku kata, cuba ko tengok kat kuil tu... apa ko nampak. Aku pun terkejutlah... rupa2 nya ada kelibat seorang lelaki bermata merah berpakaian sami india dengan memegang serampang 3 mata berdiri di atas air dan berjalan ke arah kita orang. Lalu abg aku suruh aku duduk & betulkan posisi dlam sampan dan dia memecut keluar dari kawasan situ dan terus ke jeti star cruise. Aku memang tergamam dengan apa yg aku lihat.... Tapi abg aku dan ali betul2 relaks. Dorang tenangkan aku..... kata dorang... agak nyer hantu tu x bagi kita orang memancing kat tempat dia.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel