Jawapan Dari Bos Gegar Vaganza Tentang Penyingkiran Nabil Dan Jihan

Jawapan Dari Bos Gegar Vaganza Tentang Penyingkiran Nabil Dan Jihan


Semalam minggu ke-5 Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Amir Ukays telah tersingkir setelah mendapat markah terendah.

Baca selanjutnya tentang penyingkiran Amir Ukays DI SINI.

Namun yang menarik perhatian ramai ialah penyingkiran kedua-dua pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Mereka telah digantikan oleh pengacara otai, iaitu Salih Yaakob dan juga Raja Azura.

Ini komen bos Astro Ria tentang hal ini:

�Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

 �Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

 �Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,�

Jawapan ini diberikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad. Dia berkata ia hanyalah gimik dan �amaran manja� kepada Nabil dan Jihan supaya buat lebih baik untuk mengacara Gegar Vaganza.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel