Karangan PT3 - Peranan Ibu bapa dalam menentukan pilihan kerjaya anak
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan kerjaya anak-anak.
Beri pendapat anda.
"Anak umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya".Pepatah ini menjelaskan bahawa ibu bapa berperanan untuk menentukan kejayaan anak dan membentuk akhlak anak.Namun begitu,dalam menurus arus globalisasi ini,ibu bapa telah mula mengejar materialistik dan menjadi mata duitan.Mereka telah mengabaikan tugas mereka sebagai ibu bapa.Kebajikan anak diabaikan dan anak terpaksa membuat pilihan sendiri untuk masa depan mereka.Sebenarnya,ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam pilihan kerjaya anak-anak supaya masa depan adalah cerah dan bukan kusam.Justeru,ibu bapa harus memainkan peranan mereka.
Ibu bapalah orang pertama yang kita mengenali.Umumnya,anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka dan lebih cenderung mengikut nasihat anak-anak.Anak-anak juga meluangkan masa yang paling banyak di rumah mereka.Anak-anak juga akan meluahkan perasaan mereka dan minat mereka kepada mereka.Keadaan ini menyebabkan ibu bapa lebih mudah mengenal pasti minat anak-anak dan menunjukkan kerjaya dan jalan terbaik untuk anak-anak.
Ibu bapa perlu meluangkan masa yang dianggap sebagai emas dengan anak-anak mereka.Mereka perlu berbincang tentang minat dan cita-cita anak.Ibu bapa juga perlu memberi kata-kata semangat dan motivasi seperti "genggam bara api biar sampai jadi arang" dan "di mana ada kemahuan,di situ ada jalan".Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi keyakinan kepada anak-anak.Kata cendekiawan,"Jika seseorang dilahirkan untuk gagal,dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk melihat dunia ini,justeru ibu bapa mesti mestilah berusaha memberi keyakinan kepada anak".
Selain ibu bapa,pihak sekolah juga berperanan dalam penentukan kerjaya anak-anak murid mereka.Pihak perlu memberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan sejak di bangku sekolah.Pihak sekolah boleh mengadakan "Minggu Kerjaya" dan memaparkan sebuah kerjaya yang terdapat di negara kita.Pelajar dapat mengenali pekerjaan yang ingin mereka menceburi dan dapat membuat keputusan seterusnya kerana pepatah Melayu ada menyebut "tak kenal maka tak cinta".Oleh yang demikian,jelaslah bahawa peranan pihak sekolah dan guru-guru juga signifikan dalam pemilihan kerja anak.
Anak-anak juga tidak harus hanya membuta tuli mendengar dan mengikut kata-kata ibu bapa dan rakan tanpa berkifir sendiri bagai kerbau dicucuk hidung .Hal ini dikatakan demikian kerana setiap individu akan mempunyai minat dan cita-cita masing-masing tetapi kadangkala cita-cita itu tidak akan disukai oleh ibu bapa dan anak terpaksa memilih kerjaya tidak diminati oleh mereka.Anak-anak juga tidak harus mengikut kawan-kawan mereka kerana peribahasa ada mengatakan "dengar cakap enggang makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk".Namun,kadangkala pemilihan kerjaya berdasarkan hawa nafsu akan menghancurkan masa depan mereka.
Kesimpulannya,pemilihan kerjaya sangat penting kerana masa depan kita ditentukan oleh kerjaya kita.Kadar pengangguran di negara kita juga semakin hari semakin meningkat.Oleh yang demikian,setiap individu perlu berfikir dengan masak tentang kerjaya yang hendak dipilih supaya mereka tidak menganngur selepas tamat pelajaran.Pihak ibu bapa dan sekolah juga perlu membantu dalam pemilihan kerja anak.Kata cendekiawan,"Kita tidak boleh mengubah masa lalu kita tetapi kita boleh mengubah masa depan kita dengan prmilihan yang tepat pada saat tertentu".Oleh itu,pilihlah kerjaya yang menjamin masa depan yang cerah.