Kepentingan Laporan Kredit Kepada Rakyat Malaysia

Kepentingan Laporan Kredit Kepada Rakyat Malaysia. Pernahkah anda melihat laporan kredit anda? Adakah anda tahu bagaimana ia berfungsi dan bilakah kali terakhir anda menyemaknya? Untuk panduan, anda boleh membuat semakan laporan kredit CTOS anda di CTOS Login. Dalam keadaan ekonomi semasa, laporan kredit adalah sangat penting untuk semua rakyat Malaysia dalam mengetahui tentang bagaimana laporan kredit mereka berfungsi dan bagaimana laporan boleh menjejaskan tahap kewangan seseorang samada secara positif dan negatif.

semak laporan kredit ctos online

Apa yang penting, semua orang perlu mengetahui Laporan Kredit mereka kerana tanpa atau tidak memahami tahap kredit sendiri akan memberikan kesan kepada permohonan kad kredit atau pinjaman penting lain seperti perumahan, kenderaan dan sebagainya.

Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Mengenai Laporan Kredit

Dalam mencari tahap kesedaraan rakyat Malaysia dalam pengetahuan kredit mereka dari laporan kredit ke kemudahan pinjaman mereka, pihak CTOS dan iMoney telah membuat kajian dan berikut adalah sebahagian daripada hasil kajian yang terhasil :-

1) Kemudahan Pinjaman 

Menurut hasil daripada kaji selidik ini, pinjaman kereta yang juga dikenali sebagai pinjaman sewa beli, adalah kemudahan kredit yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Oleh kerana kekurangan infrastruktur pengangkutan awam di kebanyakan kawasan di negara ini, kenderaan telah menjadi satu kemestian atau 'perlu ada' untuk kebanyakkan rakyat Malaysia.
Malangnya, pinjaman kereta juga adalah punca utama faktor kebankrapan di Malaysia, menurut statistik yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
 
pinjaman popular rakyat malaysia

Faktor ini terjadi kerana pinjaman kereta merangkumi sehingga 40% daripada pendapatan seseorang dan ianya sangat tinggi terutamanya kepada mereka yang mempunyai kemudahan pinjaman yang lain.
  • Semak laporan kredit anda di CTOS.

Apakah Pinjaman Pilihan Pertama Rakyat Malaysia?

Kemudahan pinjaman kereta adalah pinjaman yang paling popular di Malaysia tetapi ianya bukanlah kemudahan pinjaman pilihan pertama yang diambil oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh keperluan pendapatan yang lebih tinggi untuk pinjaman sewa beli. Kemudahan pinjaman pertama yang paling popular adalah kad kredit. Dengan syarat pendapatan minimum serendah RM2,000 sebulan, kad kredit mempunyai bilangan pengguna layak yang lebih luas, daripada graduan baru kepada kumpulan golongan berpendapatan pertengahan rendah.
40% daripada responden dalam kajian ini berada di pihak yang berisiko tinggi dengan nisbah hutang kepada pendapatan (debt-to-income ratio) sebanyak 51% dan ke atas. 

Senario ini amat mengejutkan dan sebagai pengguna sebarang langkah dalam keadaan terlebih belanja boleh menyebabkan kepada kegagalan membuat pembayaran pinjaman oleh individu-individu ini. Nisbah hutang kepada pendapatan perlu dipantau dan dikekalkan pada tahap yang sihat dalam memastikan seseorang itu tidak dibebani dengan hutang yang banyak yang boleh membawa kepada tahap skor kredit yang buruk dan akhirnya membawa kepada kemuflisan.

2. Kekangan Kewangan

Apakah yang rakyat Malaysia risau atau bimbang tentang kewangan? Rakyat Malaysia kini menjadi lebih sedar tentang kepentingan simpanan persaraan mereka. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun-tahun kebelakangan ini menyatakan separuh daripada ahli KWSP menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam tempoh lima tahun persaraan.

financial concerns

Kesedaran ini sangat bagus apabila rakyat Malaysia menyedari dan meraskan kebimbangan mengenai matlamat jangka panjang mereka dengan 32% bimbang akan tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka, manakala 22% bimbang tentang kos sara hidup yang semakon meningkat di negara ini. Dengan kesedaran, tindakan proaktif diharapkan akan diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengurangkan kebimbangan ini.

Walaupun dengan banyak kebimbangan tentang keadaan kewangan yang melanda rakyat Malaysia, lebih daripada separuh masih yakin tentang masa depan kewangan mereka, manakala 35% tidak yakin sama sekali dan 11% tidak pasti.

3. Matlamat Kewangan

Rakyat Malaysia seolah-olah berada di landasan yang tepat dan betul dengan 30% daripada responden berusaha ke arah mencapai matlamat jangka pendek mereka dalam meningkatkan kedudukan kewangan mereka. Disamping itu 26% responden bermatlamat untuk membina dana luar jangka yang agak besar dan 22% ingin menyelesaikan belenggu hutang sepenuhnya. Ini adalah matlamat kewangan yang sangat baik dengan memberi tumpuan dalam jangka pendek terutamanya dalam iklim ekonomi goyah dan tidak menentu hari ini.
matlamat kewangan
Dengan persaraan sebagai isu kewangan utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ia tidak menghairankan apabila 34% ingin bekerja secara aktif untuk mencapai matlamat jangka panjang mereka dalam memastikan semuanya cukup untuk persaraan yang selesa. Ini penting untuk mengelakkan mereka daripada mengorbankan kualiti hidup pada usia persaraan anda. Lain-lain matlamat jangka panjang yang diutamakan oleh rakyat Malaysia adalah seperti berikut :-
  1. Keupayaan untuk kemampuan gaya hidup yang mereka mahu (26%)
  2. Membuat simpanan untuk simpanan pelajaran anak-anak (19%)
  3. Kemampuan yang mencukupi untuk insurans kesihatan (13% )
  4. Baki 8% adalah menyimpan untuk berhijrah ke negara lain

4. Laporan Kredit

Hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sedar di mana tahap kemampuan kewangan mereka dan tahu apa halangan yang mereka hadapi dalam mencapai matlamat kewangan mereka. Walau bagaimanapun, hubungan antara ini dan keperluan laporan kredit tidak cukup jelas untuk mereka.

  • Cara semak laporan kredit, sila rujuk di CTOS
 
laporan kredit ctos
Lebih daripada separuh (52%) daripada responden tidak mengetahui apakah faktor-faktor yang boleh atau tidak menjejaskan laporan kredit mereka. Kebanyakkan responden iaitu 67% tidak pernah memeriksa laporan kredit mereka dan hanya 30% tahu di mana untuk memeriksa laporan mereka.

5. Responden Kajian

Pecahan golongan responden dalam kajian ini adalah majoritinya dari kalangan mereka yang berumur dari 25 hingga 35 tahun sebanyak 55% dikuti oleh golongan yang berumur 35 hingga 49 tahun. 41% adalah dari golongan mereka yang berpendapatan RM2,400 hingga RM4,999 manakal 27 % dari mereka yang berpendapatan RM5,000 hingga RM7,999.
responden kajian

Langkah pertama dalam meningkatkan tahap kewangan seseorang menjadi baik adalah dengan mengenal pasti masalah, dan berdasarkan kepada penemuan daripada kajian ini, ia seolah-olah bahawa rakyat Malaysia sedar akan pentingnya pengurusan kewangan. Walau bagaimanapun, ia adalah sama penting bagi mereka untuk mengetahui, memantau dan aktif dalam mengekalkan serta meningkatkan laporan kredit mereka untuk prospek kewangan masa depan mereka.

Kredit : iMoney

Jadi apa lagi, jom semak laporan kredit anda di CTOS sekarang.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel