Wak Doyok Mengamuk Dilabel Gay

IKON fesyen tempatan, Wak Doyok meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang sering menuduh dirinya sebagai meminati kaum sejenis.

Jika sebelum ini dia pernah dikecam teruk dan dilabel sebagai gila seks kerana memberikan komen �merecik� di salah satu Instagram milik artis wanita tanah air.

Wak Doyok Mengamuk Dilabel Gay

Kini sekali lagi, jejaka berusia 36 tahun ini terpalit dengan kontroversi mendakwa dirinya sebagai gay oleh sebuah blog bersama Myo dari kumpulan Oh Chentaku.

Ekoran sering dipalitkan dengan isu sonsang, Wak tidak dapat menahan kesabaran dan meluahkan perasaannya itu melalui laman Twitter miliknya lapor Mynewshub.

Sering Dilabel Gay, Ini Luahan Wak Doyok

�Masih ada mulut longkang� Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni. #kejepunkekita #bodohtusimpan,� tulisnya.

Difahamkan Wak dan Myo sebelum ini pernah bekerjasama dalam dua siri rancangan yang sama namun di lokasi yang berbeza iaitu di Korea dan juga Indonesia.

Sering Dilabel Gay, Ini Luahan Wak Doyok
MYO DAN WAK DOYOK SERTA KREW PENGAMBARAN

Namun rata-rata peminat bagi kedua-dua selebriti ini sedia maklum bahawa mereka sedang menjalankan pengambaran bagi sebuah rancangan travelog untuk sebuah rangkaian televisyen selama 50 hari.

Antara komen daripada salah seorang pengguna laman sosial ctieyyz___ ?@ktieynyots menulis � @Wak_Doyok dah tak ada modal nak buat story tu wak, chill.�

�@Wak_Doyok hahahahaha, sabar wak. Makan kerepek ni haa. Aku ada kerepek pisang krup krup!,� tulis Seketul Ai ?@AifaaNazmi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel