Bekas Suami Elly Diarah Bayar RM1,500 Sebulan Untuk Nafkah Anak
Home Hangat SantaiPETALING JAYA � Pengarah drama, Azmi Hatta diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta kepada anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isterinya, penyanyi Elly Mazlein.
Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dekat sini iaitu Ceh Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes berkenaan pada pagi Rabu.
Elly yang dihubungi mStar Online berkata, Che Abdullah juga meluluskan permohonannya agar Azmi menyerahkan wang tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum ia diserahkan kepadanya.
Jelas Elly, dia berbuat demikian kerana tidak mahu perintah dikeluarkan itu gagal dipatuhi oleh bekas suaminya selain ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.
�Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.
�Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela,� katanya.
Elly bergambar bersama wartawan dan peguamnya selepas prosiding nafkah anaknya selesai pagi Rabu.
Elly dan Azmi berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibu Elly di Puchong, dekat sini sebelum bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.
Pelakon itu selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Putri Sara Sefhia seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Dalam pada itu, Elly berkata, jumlah yang diminta daripada Azmi itu disifatkan sebagai bertimbang rasa selepas menimbang lelaki berkenaan mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
�Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya.
�Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi,� ujarnya yang turut mendapat hak penjagaan penuh anaknya itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.
Sementara itu, Elly berkata, dia mengambil keputusan menutup buku kisahnya rumah tangganya bersama Azmi sebelum ini dan ingin meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.
Kata Elly, dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang dengan segala drama yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
�Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.
�Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier,� ujarnya.
'BAIK BELA BIAWAK DARI DAPAT ISTERI PEMALAS MACAM AWAK!'