Inilah Sebab Kenapa Adolf Hitler Tidak Minat Untuk Bunuh Orang Melayu

Siapa yang tak kenal dengan si Adolf Hitler ini kan. Seorang diktator dan ketua kumpulan Nazi yang digeruni pada satu masa dahulu.

Aku boleh musnahkan semua Yahudi di dunia ini, tapi aku tinggalkan sedikit yang hidup, agar kamu nantinya dapat mengetahui mengapa aku bunuh mereka.
Ini salah satu kata-kata beliau yang popular semasa zaman kekejamannya.

Namun, adakah anda tahu kenapa beliau tidak minat untuk �bunuh� orang melayu? Menerusi Duitkertas.com, kami kongsikan sebabnya kepada anda.

Inilah Sebab Kenapa Adolf Hitler Tidak Minat Untuk Bunuh Orang Melayu

1. �Bunuh� diri sendiri

Ini sebab paling utama yang si Hitler suka sebab tak perlu datang Malaysia untuk �bunuh� orang Melayu.

Mereka hanya perlukan 2 senjata utama iaitu personal loan dan pinjaman kereta.

Dengan dua senjata ini, sudah ramai yang muflis dan hidup tidak tentu arah. Lebih manis, orang muda sudah mula menggunakan senjata ini dengan harapan dapat menikmati dunia yang sementara ini.

Bila sudah terjebak, kebanyakan orang melayu terpaksa menjadi hamba abdi selama paling kurang 9 tahun. Ini perkara yang Adolf Hitler suka, hamba abdi.

Kalau setakat pinjaman kad kredit dan pinjaman ASB, Adolf Hitler tak kisah sangat.

Mohon pinjaman peribadi jika anda lepas syarat ini.

2. Tidak tahu aset dan hutang

Benda yang paling beliau takut adalah penubuhan universiti di Malaysia. Universiti akan menyebabkan orang ramai menjadi pintar dan cerdik untuk menentang si Adolf Hitler tetapi apa yang membuatkan beliau masih gembira adalah orang melayu masih tidak faham aset dan hutang.

Ini menunjukkan universiti bukanlah satu tempat yang sesuai untuk belajar tentang aset dan hutang kerana selepas tamat belajar masih ramai yang tambah hutang tanpa aset.

Masih ramai lagi yang bingung dan tertanya-tanya adakah kereta itu satu aset atau bukan. Apa yang diajar di universiti, kereta adalah satu aset tetapi tidak di dunia sebenar.

Apa itu aset, apa itu hutang.

3. Tiada simpanan

Apa kaitan simpanan dengan Adolf Hitler?

Apabila seseorang itu tiada simpanan, ini bermakna mereka sudah membunuh masa depan mereka dengan sendirinya.

Tanpa simpanan yang cukup, orang melayu akan mudah terjebak dengan senjata utama iaitu personal loan. Terutama pada musim hari raya dan musim jualan akhir tahun.

Satu lagi, bila tiada simpanan sendiri ada pula yang cuba meminjam dari saudara mara atau rakan sendiri. Apabila gagal bayar semula hutang tersebut, maka berlakulah pergaduhan antara mereka. Adolf Hitler tersenyum.

Ada simpanan tapi masih rugi.

4. Tiada takaful

Sudahlah tiada simpanan, takaful pun tiada.

Bila tiada takaful, ini bermakna orang zaman sekarang tidak memikirkan kehidupan generasi mereka pada masa hadapan.

Bila berlaku kematian, waris tidak mendapat apa-apa manfaat dan ini menyebabkan waris lebih tertekan berbanding jika mereka mendapat wang dari takaful.

Tanpa takaful, sebenarnya mereka telah merosakkan institusi kekeluargaan tanpa campur tangan orang luar. Tidak masuk lagi bab wasiat dan pembahagian harta. Bayar takaful setiap bulan sangat merugikan?

5. Banyak alasan

Tahukah anda bahawa golongan yang suka memberi alasan akan jauh dari kejayaan. Ini bermakna Adolf Hitler tidak perlu membuat apa-apa untuk menghalang kejayaan orang melayu.

Apabila ada seseorang memberi nasihat dan tip bagaimana untuk berjaya, mereka akan terima kutukan dan sindiran dengan pelbagai alasan.

  • Rumah mahal semua salah kerajaan tak kawal harga
  • Bank sekarang susah nak luluskan pinjaman perumahan
  • Belum sedia lagi nak ambil takaful


Semakin banyak alasan yang diberikan, semakin kurang tindakan yang akan diambil.

Sekarang anda tahu kenapa si Adolf Hitler tidak minat untuk �bunuh� orang Melayu.

(Baca: Misteri Adolf Hitler didakwa memiliki hanya satu buah zakar terungkai)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel