Remaja Perempuan Maut Selepas Makan Pil Keguguran

LEMBAH KLANG - Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun mati selepas memakan pil keguguran, lapor China Press. 

Mangsa yang juga seorang pelajar, mengadu sakit perut ketika di rumah pada Rabu lalu dan bapanya segera menghantar anaknya ke hospital. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke hospital berkenaan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat. 

Remaja Perempuan Maut Selepas Makan Pil Keguguran

Lapor sumber, mangsa dikatakan telah merahsiakan hubungannya dengan teman lelaki dari keluarga. Mangsa dikatakan telah membeli pil tersebut bagi tujuan mengugurkan kandungannya. 

Polis kini menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengetahui jenis ubatan yang diambil oleh mangsa. Selain itu, usaha mengesan teman lelakinya juga giat dijalankan bagi membantu siasatan. 

Kes dilaporkan sebagai mati mengejut.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel