Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia
Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Berikut dikongsikan senarai bangunan/ binaan bersejarah di Malaysia yang menjadi mercu tanda, kebanggaan, kunjungan orang ramai dan masyarakat setempat. Terdapat banyak bangunan bersejarah di Malaysia dan berikut adalah sebahagian daripadanya.
Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.
Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.
Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
4.Istana Kenangan, Kuala Kangsar
Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.
Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.
Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
6. Kubu Margherita
Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.
Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).
Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif Muzium Negara adalah seperti berikut:
� Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
� Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan sejarah negara;
� Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
� Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara.
Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903. Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi. Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Semoga Bangunan Bersejarah Di Malaysia ini boleh dijadiukan panduan buat semua rakyat Malaysia. via Scribd
Senarai Bangunan/ Binaan Bersejarah Seluruh Negeri
- Johor : Masjid Sultan Abu Bakar, Bangunan Sultan Ibrahim, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kota Johor Lama
- Melaka : Bangunan A'Famosa, Kota St John, Bangunan Stadhuys
- Negeri Sembilan : Istana Seri Menanti, Kota Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan
- Selangor : Istana Bandar, Rumah Api Jugra, Balai Polis dan Penjara Jugra, Masjid Bandar, Istana Alam Shah, Bukit Melawati,
- Kuala Lumpur : Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu Negara, Stesen Keretapi KL, Muzium Negara, Istana Negara (Jalan Istana), Stadium Merdeka, Carcosa Seri Negara,
- Perak : Istana Kenangan Kuala Kangsar, Istana Kellie (Kellli's Castle), Menara Condong Teluk Intan, Masjid Ubudiah, Muzium Taiping, Maktab Perguruan Sultan Idris, Stesen Keretapi Ipoh, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK),
- Sarawak : Fort Magherita, Kuching Waterfront, Muzium Sejarah Cina, Bangunan Astana,
- Kedah : Masjid Zahir, Menara Jam (Sg Petani), Istana Kuala Chegar, Bangunan Bank (Sg Petani), Bangunan Ibu Pejabat Polis (Sg Petani), Jambatan Merdeka,
- Pulau Pinang : Kota Cornwallis, Penang Free School,
- Pahang : Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar,
- Terengganu : Bangunan PSMCT, Kota Lama Duyung, Rumah Api Bukit Puteri, Masjid Putih, Memorial Batu Bersurat, Istana Maziah,
- Kelantan : Masjid Lama, Mulong, Masjid Kg Laut, Bank Kerapu, Masjid Muhammadi, Istana Batu, Istana Jahar, Muzium Islam
- Perlis : Muzium Kota Kayang,
- Sabah : Tugu Malaysia, Menara Jam Atkinson,
Informasi Bangunan Bersejarah Di Malaysia
1. Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.
Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2.Kota A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
3. Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.
Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
4.Istana Kenangan, Kuala Kangsar
Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.
5.Istana Kellie, Batu Gajah
Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.
Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
6. Kubu Margherita
Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).
Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.
7. Menara Condong Teluk Intan
Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
8. Muzium Negara Kuala Lumpur
Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif Muzium Negara adalah seperti berikut:
� Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
� Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan sejarah negara;
� Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
� Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara.
9. Masjid Ubudiah, Perak
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
10.Muzium Taiping
Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903. Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi. Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Semoga Bangunan Bersejarah Di Malaysia ini boleh dijadiukan panduan buat semua rakyat Malaysia. via Scribd