Wajah Ibu Datuk Terlajak Laris Yang Awet Muda
Apabila anda mendengar tagline 'Terlajak Laris' pasti anda akan fikirkan Dato Aliff Syukri. Apabila anda mendengar tagline 'Terlajak Laris' pasti anda akan fikirkan Dato Aliff Syukri yang merupakan pengasas kepada produk jenama D'Herbs.
Namun, ramai yang tidak menyangka bahawa ibu kepada Dato Aliff adalah pengasas Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita Ibrahim yang berasal dari Sungai Besar.
Untuk pengetahuan semua, Puan Rozita terpaksa melalui kehidupan yang susah sebelum dia berjaya bergelar seorang usahawan yang berjaya. Walaupun hidup sebagai ibu tunggal dan pekerjaan beliau ketika itu sebagai penoreh getah pada waktu pagi.
Manakala bekerja di kilang pada siang hari serta menjadi menjadi penyambut tetamu dan eksekutif promosi dan pemasaran serta menjalankan perniagaan jualan langsung telah memberikan pengajaran yang bermakna dalam membentuk empayarnya.
Puan Rozita Ibrahim menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Setelah itu, beliau menggandaikan barang kemasnya untuk memulakan perniagaan herba dengan modal RM400. Herba-herba itu dijual secara direct selling dari rumah ke rumah.
Bagi meyakinkan para pelanggannya, Puan Rozita Ibrahim sendiri yang mencuba produk herba itu dan menjadi testimoni pertama produknya. Maka, beliau menggemukkan badan sebanyak 3 kali dan memakan produk herba tersebut sehingga memberikan hasil yang memuaskan.
Sama seperti anaknya, Dato Aliff juga turut melalui pengalaman yang sama di mana berniaga kecil-kecilan sejak kecil sehingga terbina satu syarikat yang telah menaikkan namanya sekaligus bergelar jutawan muda.
Berikut gambar terkini ibu kepada Dato Aliff yang sentiasa awet muda.