Walau Lampu Amaran E Minyak Menyala, Kereta Anda Sebenarnya Boleh Jalan Jauh Lagi
Pasti ramai pemandu kenderaan diluar sana tertanya-tanya berapa jauhkah sebenarnya kereta anda mampu untuk berjalan jika lampu amaran E minyak kereta anda menyala dan berkelip-kelip?
Perkara ini menjadi igauan ramai orang kerana bimbang akan kehabisan minyak atas jalan jika terus memandu, bagaimanapun ia bukanlah digalakkan, lakukan jika hanya keadaan memaksa.
Jadi, pentingkah untuk mengetahui jarak anggaran ini? sebenarnya ia penting untuk mengetahui jarak kereta anda boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.
Dikongsikan oleh Encik Zulhisham Tokasid mengenai perkara ini, katanya anda jangan �panic� jika lampu amaran minyak anda menyala.
Jom kita baca perkongsian beliau.
Jangan panic jika indicator fuel anda menyala di julat E.
Menurut Dato� Ir Hj Mohamad b. Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ):
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi �E� tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.
2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud �Enough�.
3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.
3. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.