Adi Putra Dan Isteri Pertama Berangkat Tunai Ibadah Haji
Pelakon Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof, 41, akan bertolak ke tanah suci Makkah hari ini bagi menunaikan rukun Islam kelima. Menerusi laman Instagram miliknya iaitu @adpadiputra, pagi tadi.
Adi atau nama penuhnya Adi Mohamed Hadi Putera, 35, turut memohon agar segala salah silapnya dimaafkan. "Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua. #hajj2016," katanya ringkas.