Amalkan Tidur Tanpa Pakaian, Buat Nenek Ini Nampak Muda Seperti 20-an


Melihat gambar-gambar wanita ini saja kita boleh jangkakan umurnya dalam lingkungan lewat 20'an. Tetapi sebenarnya wanita ini berusia 50 tahun!

Gambar-gambar Qin Ling, ibu kepada dua orang anak dan seorang cucu viral di media sosial China menjadikan dirinya glamour sekelip mata.

Qin mendakwa, rahsia dirinya kekal cantik dan bergetah adalah tidur tanpa pakaian seminggu sekali dan mandi air panas selain dari menggunakan topeng muka buatan sendiri yang diperbuat dari timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara bagi melambatkan proses penuaan.

Ogos lalu, anaknya membuat photoshoot Qin pada harijadinya yang ke-50 dan memuatnaik gambar-gambar itu di media sosial menyebabkan netizen kagum dan terkesima melihatnya.

Apabila Qin sudah semakin dikenali, Qin telah ditemubual oleh wartawan tentang bagaimana dia berjaya mengekalkan dirinya nampak anggun.

Difahamkan, Qin telah bercerai dengan suaminya. Dia tidak pernah mempunyai wang yang mencukupi untuk dirinya menyebabkan dia mengambil langkah menggunakan topeng muka yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang mudah diperolehi.

Hasilnya:





Ekoran dirinya semakin mendapat perhatian ramai serta pihak media, Qin dan anak-anak perempuannya juga berpeluang muncul di program bakat tempatan, Mamma Mia.

Qin juga mendedahkan dia pernah menerima panggilan cinta dari beberapa jejaka yang ada di antaranya berusia 20 tahun lebih muda dari Qin. Bagaimanapun Qin terpaksa menolak dan berharap dapat menemui lelaki yang sama umur dengannya untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel