'Astaghfirullahalazim! Abang Buat Apa Ni Kat Adik?!'
Hari ini saya belajar perkara penting berkenaan penjenayah juvana. Pensyarah saya menceritakan tentang kes seorang abang yang berusia 7 tahun melakukan hubungan seks dengan adiknya yang berumur 5 tahun.
Abangnya bila ditanya mengapa berbuat demikian, dia menjawab pernah menonton kelakuan itu di televisyen dan merasakan perbuatan itu adalah satu permainan. Ibu pula langsung tidak mengetahui perkara itu kerana sibuk.
Hal ini dilaporkan oleh jiran mereka yang melihat kejadian itu. Akhirnya si abang terpaksa dipisahkan dari adiknya atas perintah mahkamah. Dia juga terpaksa tinggal di rumah kebajikan kerana kesalahan yang dia sendiri tidak mengerti.
Tetapi apabila pegawai kebajikan mengambil beg si abang, si adik terus menangis kerana baginya, itu adalah satu-satunya kawan yang dia ada.
"Janganlah pergi.. abang, janganlah pergi. Nanti, siapa nak kawan dengan adik?" rayu si adik dalam tangisan.
Sungguhpun abang mungkin boleh balik semula beberapa tahun selepas itu, tetapi kata pesyarahku dia yakin abangnya pasti tidak mampu berhadapan dengan adik setelah memahami perkara itu.
Kes kedua melibatkan jenayah bunuh. Sewaktu membuat lawatan ke sekolah Henry Gurney, pensyarahku berjumpa dengan kanak-kanak ini. Katanya kesnya masih belum mendapat pengampunan dari sultan.
Ini bermaksud sekiranya tamat tempoh dia berada di sekolah Henry Gurney, dia akan berada di penjara sehingga seumur hidupnya. Dia bersalah kerana membunuh anak jirannya dan meletakkan mayatnya di tangki air.
Sewaktu ditanya mengapa dia membunuh anak jirannya itu, dia menyatakan puncanya adalah bukan kerana mangsa, tetapi tekanan keluarganya. Setiap hari ibu dan ayahnya bergaduh, dia tertekan dan sebagai seorang kanak-kanak dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya sehingga melepaskannya pada mangsa yang kebetulan berada di situasi itu.
"Kalau Tuhan boleh bagi saya satu permintaan, saya harap dapat kembalikan nyawa dia," katanya.
Bila ditanya tentang impian dan cita-cita, jawapannya sama seperti kanak-kanak yang lain. Dia ingin menjadi ahli perniagaan dan berkeluarga. Dia mahu membuka kedai jahit kerana bakatnya.
Dia dalam sekolah Henry Gurney, dia merupakan ketua batillion. Namun kehidupannya tidak lagi seindah impian kerana beberapa minit dia melakukan kesalahan itu telah mengubah segala-galanya.
Sedih bukan? Kerana kecuaian ibu bapa, anak-anak menjadi mangsa. Betapa pentingnya karekter ibu bapa yang bertangugngjawab dalam memantau anak. Ibu bapa adalah madrasah pertama anak-anak. Jalankan tanggungjawab anda, anak itu amanah dari Allah.
Di luar sana pelbagai konflik kehidupan menanti untuk diselesaikan. Ambillah peranan kita, prihatin dan mulakan dari melihat dan mengambil berat tentang orang terdekat dengan kita. Jangan terlalu sibuk menyelesaikan masalah ummah sehingga terlupa perihal orang di rumah. Jagalah hubungan kekeluargaan, hidupkan sinar dakwah Islam di rumah.
Pesanan ini untuk diri sendiri juga. Jalan kerjaya ini pasti mencabar, doakan saya mampu menjadi seorang individu yang bermanfaat dalam bidang undang-undang.
La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha. Sungguh, Allah tidak membebani manusia lebih daripada kemampuannya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Ya Allah. Pandulah hati-hati kami agar sentiasa menjalani hidup ini bersama redhaMu