Dato' Terlajak Laris Ingin Bantu Anda Dalam Perniagaan
Tidak dinafikan, bumiputera hari ini berlumba-lumba dalam menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Baik dari produk kosmetik, pakaian mahupun makanan.
Pelbagai produk atau pun jenama pada masa kini boleh diibaratkan 'cendawan tumbuh lepas hujan'. Mari kita ikuti apakah komen jutawan muda Dato Aliff Syukri hal ini:
Apa komen Dato' Tentang masyarakat bumiputera yang giat aktif dalam bidang perniagaan hari ini?
Bagus namun sayang sekali, banyak bumiputera kita suka meniru, Tidak ada originality. Orang jual kek cawan, kita pun nak jual kek cawan. Orang jual tudung dan jubah, kita pun buat juga. Mengapa harus meniru? Mengapa tidak cabar akal kita untuk cipta idealogi baru?Benar apa yang dikatakan Dato Aliff Syukri berkenaan hal tersebut. Tetapi jangan khuatir kerana Dato terlajak laris ini sedia membantu anda dalam memajukan perniagaan serta teknik-teknik dalam perniagaan yang ramai tidak tahu.
Ayuh kita rebut peluang yang jarang-jarang ada ni. Jutawan kosmetik No 1 Malaysia kot yang hendak tolong anda.