Tak Izin Kahwin Lain, Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Al-Quran

Tak Izin Kahwin Lain, Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Al-Quran

Kuala Lumpur: Hanya kerana isterinya tidak membenarkannya berkahwin lain, seorang lelaki tergamak menghentak kepala mangsa dengan senaskhah al-Quran dan papan rehal di rumah mereka di Cheras, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun yang baru selesai solat Maghrib terkejut apabila didatangi suaminya yang terus menampar mangsa dan menumbuk mukanya beberapa kali.

Menurut sumber, sebelum itu jam 4 petang hari sama lelaki itu yang berusia 46 tahun memberitahu keinginannya berkahwin lagi, namun isterinya tidak memberi kebenaran.

�Mungkin marah dengan tindakan isterinya, suspek tiba-tiba pulang ke rumah dan terus bertindak ganas dengan menendang mangsa yang ketika itu masih memakai telekung

�Suspek kemudian mengambil senaskhah al-Quran yang berada berhampiran mangsa dan menghentaknya ke kepala mangsa beberapa kali. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengambil papan rehal dan menghentak ke kepala mangsa,� katanya.

Sumber itu berkata, akibat kejadian itu mangsa lebam di muka dan badan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan selanjutnya.

�Difahamkan mangsa bukan kali pertama dibelasah suaminya sebaliknya jika berlaku perselisihan faham antara mereka, suspek bertindak ganas dan menyerang isterinya itu,� katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Akashah Wan Abdul Hamid menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai satu penghinaan kepada al-Quran, selain penganiayaan kepada isterinya.

�Sudahlah memukul isteri itu haram, ini dengan menggunakan al-Quran pula. Sudah tentu ia tindakan salah kerana al-Quran adalah kitab suci yang wajib dimuliakan,� katanya.

Beliau berkata, suami sewajarnya menghargai isteri kerana menguruskan rumah tangga dan sebagainya, bukan dipukul sesuka hati, apatah lagi baru selesai solat.

�Kita kena ingat, orang yang mulia adalah mereka yang memuliakan wanita, manakala orang yang hina adalah mereka yang menghina wanita. Memukul menggunakan al-Quran bererti tidak menghormati kesuciannya al-Quran itu sendiri akan melaknatnya nanti,� katanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel