Akibat Twit Komen Pasal Air Cincau, Lelaki Mat Salleh Ini Dikecam Kaw-Kaw Oleh Rakyat Malaysia


Heboh di laman sosial Twitter beberapa hari lalu apabila seorang lelaki dipercayai dari Amerika Syarikat telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan air minuman cincau bersama dengan kapsyen, "Never drink this. It is the worst drink on the planet."

Ekoran Twit lelaki berkenaan, rata-rata netizen dilihat menjadi marah dan turut menyatakan pendapat masing-masing di posting lelaki yang dikenali sebagai @Drift0r tersebut, malah ada segelintir yang begitu geram dengan kenyataan lelaki berkenaan.


Drift0r merupakan seorang YouTuber yang dikenali dan berasal daripada Texas telah menyatakan pandangannya terhadap air cincau dan dia dilaporkan langsung tidak menyangka Twit tersebut telah mendapat perhatian dan maklum balas yang begitu banyak daripada rata-rata rakyat Malaysia.

Berikutnya beberapa komen yang dikatakan telah menjadi kemarahan sesetengah netizen di Malaysia berkaitan dengan posting yang ditulis oleh Drift0r.

Ada juga yang menasihati lelaki ini supaya tidak perlu mengumumkan tentang pandangannya terhadap minuman berkenaan.


Namun, terselit satu kelucuan dalam kebanyakan komen dari netizen apabila lelaki itu dikatakan memahami setiap apa yang ditulis netizen walaupun dalam Bahasa Malaysia kerana beliau menggunakan translator yang disediakan Twitter.



Berikutnya adalah gambar minuman air cincau yang kini popular di Twitter gara-gara posting dari Drift0r.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel