Sekarang lain ramai kawan boleh buat anda rasa kesepian, Mesti ramai yang pelik kan?
Selalu kita anggap bila ramai kawan, hidup lagi seronok dan gembira. Tidak dinafikan kawan-kawan boleh buatkan hidup lebih ceria dan tidak kesepian.
Itu dulu. Sekarang lain, ramai kawan pun boleh buat anda rasa kesepian. Mesti ramai yang pelik kan. Kenapa pulak sunyi kalau ada ramai kawan??
1. MENGHUBUNGKAN MUDAH, TAPI TIDAK UNTUK MENDALAMI ERTI KAWAN
Sekarang ni smeuanya dihujung jari saja. Mesti rata-rata anda mempunyai beribu sahabat di media sosial. Tapi hakikatnya itu hanyalah rakan-rakan di alam maya sahaja. Nak cari kawan sejati yang sentiasa ada ketika susah dan senang bukan mudah.
2. TETAP RASA SUNYI WALAUPUN BERKUMPUL RAMAI-RAMAI
Yang ni mesti ramai yang terasa bila baca. Kumpul ramai-ramai tapi mata dekat telefon je. Macam mana tak rasa sunyi. Buat apa berkumpul ramai-ramai tapi sibuk dengan media sosial masing-masing.
3. BANYAK KAWAN TETAPI BELUM TENTU BOLEH FAHAM KITA
Kawan datang dan pergi. Tapi kawan sejati belum tentu boleh dicari. Bukan senang nak cari kawan yang boleh memahami dan dipercayai. Dalam 10 orang belum tentu ada sorang yang boleh terima kita.