Ada 10 aktiviti harian anda boleh merosakkan buah pinggang, pasti anda tidak perasan


Dalam kehidupan seharian kita, tanpa sedar kita telah merosakkan beberapa organ di dalam badan secara tidak langsung. Mengapa kami beritahu begitu, ini adalah kerana kami dapat tahu ada beberapa tindakan yang dapat merosakkan buah pinggang kita.

Maklum lah, organ kita ini nak pakai lama jika boleh sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Jika salah satu organ kita ini rosak, maka ia akan mengundang pelbagai penyakit, malah lebih teruk ia akan turut merosakkan organ-organ yang berdekatan.

Jadi hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 10 tindakan yang akan merosakkan buah pinggang anda. Pasti anda akan terkejut.

1. Menahan kencing

Jika anda berterusan melakukan tabiat ini, maka berhenti lah. Kerana ia akan merosakkan buah pinggang anda dan membawa kepada penyakit batu karang, atau lebih teruk lagi, buah pinggang anda rosak dan tidak boleh di gunakan lagi.

2. Kekurangan air

Kunci utama untuk buah pinggang anda berfungsi dengan baik, adalah jika anda mengawal kadar hydrasi pada badan. Bermaksud, jika anda tidak mempunyai air yang cukup dalam badan, toksik dan bahan buangan anda akan terkumpul dan tidak dapat di keluarkan dengan bersih dari badan.

3. Gula berlebihan

Anda semua pasti tahu, kandungan gula yang lebih adalah tidak bagus untuk tubuh badan anda. Berdasarkan kajian, jika anda minum 2 tin air berkarbonat setiap hari, ia akan menghasilkan protin yang berlebihan dan melumpuhkan hasil kerja buah pinggang anda.

4. Protein haiwan yang berlebihan

Anda suka makan daging, untuk kebaikan anda, kurangkan lah makan daging mereah terutama sekali daging lembu, kerana ia akan menambahkan kandungan metabolic pada buah pinggang. Tetapi, daging kambing akan membawa kesan yang berbeza, dan amat baik untuk badan.

5. Garam berlebihan

Pengambilan garam secara berlebihan pada makanan akan menjerumuskan anda kepada hypertension dan kerosakan buah pinggang.

Masa muda-muda ini boleh lah nak makan makanan dengan kandungan garam yang tinggi kerana cara hidup yang aktif, tetapi kurangkan lah jika anda ingin guna buah pinggang anda sehingga hari tua.

6. Kurang tidur

Anda semua pasti tahu, kebaikan tidur pada tubuh badan manusia. Apabila anda kurang tidur, tisu-tisu pada buah pinggang anda tidak dapat melalui proses recovery dengan baik.

Tetapi, jika anda terlebih tidur, ia akan melambatkan proses recovery pula. Maka tidur dengan cukup dan berpada-pada.

7. Kekurangan mineral dan vitamin

Kesihatan organ kita amat bergantung kepada apa yang kita makan setiap hari, begitu juga dengan buah pinggang anda.

Jika anda kekurangan nutrient seperti Magnesium (Mg) dan vitamin B6, ia akan membuatkan buah pinggang semakin hari semakin rosak.

8. Kopi berlebihan

Apa yag kami maksudkan dengan kopi adalah kandungan caffeine nya. Jika anda adalah seorang pengemar kopi, kurangkan lah kadar pengambilan anda itu. Kerana ia akan memberikan stress yang tinggi kepada buah pinggang anda. Bukan suruh berhenti, tetapi kurangkan.

9. Terlalu banyak alkohol

Mengapa di dalam Islam, haram bagi kita untuk meminum alkohol. Sains telah membuktikan jika anda minum air alkohol sebanyak satu gelas sehari, ia akan memberi impak yang buruk kepada buah pinggang dan hati. Jadi, jangan lah minum.

10. Penyalahgunaan ubat tahan sakit (pain killers)

Jika anda suka mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol, ia akan merosakkan buah pinggang anda kerana tempoh untuk ubat tersebut larut di dalam badan mengambil masa yang lama. Jika ada kaedah yang lain selain anda perlu mengambil pain killers, maka ubah lah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel