Kunyit mempunyai manfaat yang tersendiri, ini 5 manfaat kunyit kepada kesihatan tubuh badan kita.

Image result for kunyit

Berikut adalah manfaat kunyit kepada kesihatan tubuh badan kita.

1. Mencegah Kanser

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, menghentikan perkembangan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser. Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang boleh melawan sel kanser dan pada masa yang sama melindungi badan daripada mendapatnya.

2. Merawat Arthritis

Bahan anti-radang (anti-inflammation) yang terdapat di dalam kunyit sangat baik dalam merawat osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pada masa yang sama, kandungan anti-oksida yang terdapat didalam kunyit boleh melawan radikal bebas yang terdapat di dalam badan. Radikal bebas boleh merosakkan sel di dalam badan, oleh itu kita perlu mengeluarkannya dari badan kita.

3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini. Selain itu, kunyit boleh membantu anda mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) yang mana boleh menghalang anda daripada mendapat Tahap-2 Diabetes. 

4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai lipopolysaccharide, yang mana boleh meningkatkan tahap imunisasi badan. Selain itu, kunyit secara semulajadi boleh bertindak sebagai satu ajen anti-bakteri, antiviral dan antikulat boleh memainkan peranan dalam membantu badan melawan benda asing; pada masa yang sama boleh membantu sistem imunisasi badan.

6. Menyembukan Luka

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectantyang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel