Sehari dalam MRT perhati gelagat orang Malaysia, Ini teguran bernas buat pengguna di Malaysia
SEMALAM ambil kesempatan naik MRT. Segalanya nampak baik dengan stesyen yang cantik dan canggih. �Park & Ride� pun cantik dengan charge RM4.30 sepanjang hari yang murah dan berbumbung.
Daripada pemerhatian saya, ada beberapa isu yang perlu diberikan perhatian MRT Corp dan masyarakat. Ini berdasarkan pengalaman saya gunakan Subway, MRT atau Metro di London, Manchester, Paris, Istanbul, Beijing, Shenzen, Taipei, Seoul, Tokyo, Sapporo, Hong Kong, Bangkok, Singapura dan bandar lain seluruh dunia.
Eskalator. Rakyat Malaysia masih jauh lagi daripada segi adab menggunakan eskalator. Peraturan eskalator atau tangga awam sekalipun, sentiasa berdiri di kiri jika tidak bergerak atau gerak perlahan. Beri laluan kanan untuk mereka yang hendak cepat atau laju di kanan.
MRT ada buat notis tapi hanya di dinding belah bawah tangga yang memang tak akan dibaca. Sebaiknya tampalkan notis di sepanjang tangga di bahagian tengah antara dua tangga. Tabiat org Malaysia suka �bercouple� atas escalator.
Apabila menunggu pintu dibuka, jangan berdiri depan pintu. Beratur di pinggir untuk bagi laluan kepada pengguna yang keluar daripada tren dgn selesa. Jika luar pintu sesak, pergerakan akan �delay� maka pintu akan tertutup sebelum yg di dalam dapat keluar atau yang luar dapat masuk.
Siapa rugi? Ingat!! MRT tak ada pemandu, pintu guna �timer�. Elok jika di lantai ditandakan tempat beratur sebelum naik dan tunggu hingga semua keluar baru masuk. Jangan berebut atau anda ke hospital!
Orang Malaysia ni tak pandai jaga kebersihan. Perangai di rumah dibawa ke tempat awam. Suka buang sampah merata-rata. Depan saya berlaku semalam. Seorang bapa nak bagi isteri dan anak duduk tapi kerusi basah, keluarkan tisu untuk lap, tapi tisu terus buang ke lantai.
Ada yang ambil peta MRT kemudian buang di lantai MRT. Buruk perangai orang Malaysia ni. Yang tumpahkan air pun tak reti nak lap balik. Mati ke kalau lap atau simpan sampah tu dan buang di luar MRT?
Mak bapa gelak tengok anak berdiri atas kerusi malah ada yang melompat. Ada yang dua kerusi anak dia seorang �occupy�. Saya perhati kanak-kanak Jepun dan Korea duduk elok-elok dalam keretapi. Ini masalah sistem pendidikan kita yang hanya tertumpu kepada akademik hingga adab dan sopan jadi subjek kelas ketiga seperti Pendidikan Jasmani.
Seorang bapa bawak anak berjalan dalam MRT. Bapa jalan depan, pintu pula sedang terbuka si anak pun selamba nak keluar dalam keadaan pintu akan ditutup dalam 2 hingga 3 saat lagi. Nasib baik orang yang berdiri dekat dengan pintu sempat sambar dia.
Ramai pengguna yang nak turun menunggu tren berhenti baru nak bangun sedangkan di setiap stesyen akan diumumkan tren akan tiba. Bila tren sesak, pergerakan perlahan maka ada yang terlepas. Sekali lagi, tren MRT tiada pemandu, pintu guna �timer�. Bersedia lah utk turun.
Tiada pengawas di stesyen yang menjaga tingkah laku pengguna. Ada pengguna yang berdiri terlalu dekat dengan trek masa ketibaan keretapi. Macam tak pernah jumpa keretapi.
Di China dan Jepun, setiap trek ada pengawas berwisel memastikan keselamatan pengguna, suruh beratur dan pastikan pergerakan keluar masuk gerabak lancar.
Mesin tiket di stesen yg sesak, nak beli 6 tiket, habis semua 6 orang beratur menyebabkan barisan jadi panjang berjela dan depan mesin sesak satu keluarga berkumpul nak tengok mesin tiket. Yang berpasangan pun sibuk nak bercinta masa beratur beli tiket.
Dalam train, hormatlah org lain bila bercakap di telefon atau tonton video. Tak perlu cakap kuat atau tinggikan suara gajet anda. Pandai-pandai la, takkan nak ajar macam mana nak buat.
Di Jepun, Korea dan Taiwan, semua kerusi khas tidak diduduki walau sesak macam manapun. Kerusi khas ada notis di atasnya dan warna berbeza. Tapi dalam MRT Malaysia, ramai pengguna buta huruf. Tak reti baca. Salah MRT jugak, org Malaysia malas membaca maka bezakan lah warna kerusi tu. Kerusi MRT ada 2 warna, biru muda dan biru tak muda. Warna hampir sama.
Sepatutnya kerusi khas (cacat, tua dan mengandung) diberikan warna merah. Harap MRT Corp dapat betulkan ini dan sedar bahawa orang Malaysia pemalas nak baca.� 24 Julai, 2017.