Panduan Bisnes Makan Delivery
(Semakin hari semakin ramai yang berminat dengan Bisnes Makanan Delivery Dari Rumah....Anda bila lagi? CEPAT BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!)
Makanan dan bisnes sememangnya perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, makanan merupakan salah satu keperluan asas harian bagi manusia dan bisnes pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup. Justeru ramai yang menyedari hakikat ini, menjadikan bisnes makanan suatu perkara yang tidak lapuk dek zaman lebih-lebih lagi selepas pandemik covid-19 ini!
Sebenarnya, konsep bisnes makan dari rumah telah lama wujud, namun bezanya dengan situasi sekarang ialah dahulu mungkin ianya tidak begitu dikenali kerana sukar untuk dipromosikan dan diketahui orang ramai dek kerana kurangnya jaringan komunikasi sepertimana hari ini!
Perkembangan teknologi, bisnes makanan dari rumah telah menjadi satu ‘trend’ kerja part time yang semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Lebih-lebih lagi di zaman ekonomi tidak menentu ini dan melihat kepada konsepnya yang begitu menguntungkan, bisnes makanan dari rumah kedengaran seperti sesuatu yang menjanjikan keuntungan yang pasti!
Kepada anda yang mungkin sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskannya atau tidak, jawapan kami mudah sahaja... Sila Mulakan hari ini! Buat kerja part time jer kerana belum cuba belum tahu, dan bagi membantu menyenangkan kerja anda, di bawah ini saya kongsikan kepada anda untuk mengorak langkah pertama menjadi seorang usahawan bisnes makanan dari rumah yang berjaya!
Bisnes Makan Dari Rumah Apa Yang Modal Rendah?
Kalau nak suruh saya bukak warung atau gerai untuk jual makanan hari ini...confirm jawapannya memang tak dapat lah! Sudah semestinya modal sampai ribu-ribu untuk buka kedai makan atau warung ini.
Kalau nak bukak gerai tepi jalan sekalipun, jangan ingat kos nya sedikit bos.. dengan nak apply lesen PBT.. nak kena beli canopy, meja, dapur memasak lagi, tray, dan segala bagai lah! Mahu dekat RM seribu juga kos nya!
Tapi, satu perkara yang saya memang tak boleh nak buat untuk buka gerai tepi jalan ni.. sebab cuaca!
Iyalah, kalau buka gerai tepi jalan ni, memang kena hadap cuaca yang tak menentu. Kalau time panas terik tu... fuh.. orang lain sedap duduk dalam rumah, kita terpacak kat tepi jalan panas-panas tu kena jaga gerai! Kalau hujan pula.. lagi sadis.... kadang-kadang, habis basah semua barang jualan kena hujan!
Bagi mereka yang berniaga tepi jalan... memang saya respect sangat-sangat diorang ni! Tahniah bos!
Nak Jual Makanan Apa?
Cerita pasal makanan ni pula! Saya sekeluarga ada menu makanan special yang akan dimasak pada setiap 1-2 minggu sekali! Kiranya macam special menu la untuk saya sekeluarga... Iaitu spaghetti!...Kenapa spaghetti?
Selain ia sedap untuk dimakan, ia juga sebenarnya mudah untuk disediakan! Jadi, saya fikir, mungkin saya boleh mulakan dengan menjual spaghetti bolognese!
Kita try tengok dulu macam mana! Ada sambutan atau tidak? Boleh jalan ke tidak? Kalau tak jalan sekalipun, saya tukarlah kepada menu makanan lain! Takde masalah... benda boleh adjust! He he!
Lagipun.. kalau jualan tak habis.. boleh juga saya buat makan sendiri! Sebab tu penting untuk kita buat bisnes makanan yang kita suka jer! Hi hi!.. Kalau tak habis... boleh makan sendiri.. ha ha ha!
Sebenarnya.... ramai yang tidak tahu kalau buat bisnes makan delivery ni... jarang makanan tak habis!
Sebabnya mudah!.. kita hanya masak ikut jumlah tempahan sahaja..Kalau orang order 10 bungkus haritu.. maka, kita masaklah 10 bungkus.... takdelah membazir!
Tapi disebabkan resipi spaghetti saya nie mirip2 hotel 5 bintang, selamba badak sahaja hari minggu boleh kutip sampai 300 bungkus! Sampai tak menang tangan beb!
MISI KERJA PART TIME MELALUI BISNES MAKAN DELIVERY DARI RUMAH BERMULA DISINI!
Anda kena ingat jika gerai tak boleh buka, bisnes makanan anda confirm tak jalan laa.. maka.. takde sebarang pendapatan masuk!
Berbeza dengan bisnes makan secara delivery dari rumah nie! Permintaan semakin hari semakin banyak! Order masuk macam nak giler! Tak menang tangan orang jawa cakap!
Ramai orang yang lapar, tapi tak boleh nak keluar rumah.. jadi mereka order online sahaja dan tunggu makanan sampai depan rumah! Ini realiti sekarang!
Jadi, saya cadangkan kepada anda yang biasa berniaga tepi jalan sebelum ini.. cepat-cepatlah tukar strategi dan buat bisnes makanan delivery dari rumah jer!
Tapi.. bila saya sarankan mereka untuk buat delivery...Ramai pula yang bertanya...
Macam mana nak dapatkan pelanggan?
Macam mana nak buat iklan?Nak buat iklan kat mana?Berapa pula nak caj delivery?Ada ke orang nak beli?Pukul berapa pula nak masak dan nak hantar?dan macam-macam lagi persoalan...
Disebabkan terlampau banyak persoalan...Maka... Elok juga jika saya tuliskan sahaja pengalaman saya buat bisnes makan secara delivery dari rumah ini menjadi sebuah ebook panduan yang sebenar...
So senang untuk saya berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat nak tukar strategi niaga.. atau mungkin nak tukar bisnes dan mahu mulakan bisnes makan secara delivery ini!
TESTIMONIAL SEBENAR RESIPI BISNES MAKAN DARI RUMAH INI!