Resepi Kerang Masak Kam Heong
Resepi Kerang Masak Kam Heong
500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)
5 ulang bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka byk mana, nk pedas, letak lebih sikit)
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Minyak sedikit untuk menumis
Bahan kuah (bancuh semua bahan)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)
1 sudu besar kicap cair
Garam, air
CARA MASAK
Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.
Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jgn byk sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam dan gula. Siap....