Resepi Sup Kaki Ayam
Resepi Sup Kaki Ayam
Bahan-bahan:
1.Kaki ayam ikut suka banyak mana
2.Lobak potong dadu ikut la nak banyak ke sikit ke
3.Kentang potong dadu
4.Bawang putih
5.Halia
6.Garam secukup rasa
7.Lada putih ikut suka
8.Lada hitam ikut suka
9.Sup bunjut x1
10.Kiub ayam 1 kiub
Daun sup
Bawang goreng
Cara-cara
1. Panaskan periuk
2. Masukkan minyak 5 sudu makan
3. Masukkan kaki ayam dan gaul2, tutup periuk. Sambil tu buka and gaul2 hingga garing sikit.
(Kalau x goreng x sedap)
4. Dah garing sikit masukkan bawang putih dan gaul. Tutup sambil buka jap gaul sehingga bawang putih kuning tapi x hangus
5. Lepastu masukkan semua bahan kecuali daun sup dan bawang goreng. Gaul2 kemudian tambahkan air hingga tenggelam semua.
6. Tutup and kecilkan api, biar merenih dengan api kecil sehinnga lembut. Dah masak masukkan daun sup dan bawang goreng.
Nak makan nanti perah la limau.... , lada, kicap , makan dengan suhun lagi sedap 😋😋😋
Tq dari : Lya Aisyah.