KEK COKLAT CARAMEL CHEESE
KEK COKLAT CARAMEL CHEESE
BAHAN CARAMEL (buat awal-awal tau)
200 ml whipping dairy panaskan.
1 cawan gula halus cairkan sampai warne golden.
Masukkan 2sudubesar butter,kacau dan terus masukkan whipping panas tadi,kacau dan biar likat,matikan api.
GANACE COKLAT
300g beryls dark compound
200ml whipping dairy
2 sudubesar butter
Masukkan dalam pengukus atau oven,biarkan seketika dan kacau.
KEK COKLAT MUDAH
Ayakkan
2 cawan tepung gandum
1 sudukecil baking powder
1sudukecil cream off tartar
1/2 sudukecil soda bikarbonat
MIX kan
5 biji telur
1 cawan gula halus
1sudukecil emolco coklat
1 sudukecil esen vanila
1sudubesar ovalate
Dah kembang gebu,masukkan
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Matikan mixer dan masukkan campuran tepung,gaul rata.Last masukkan 1/2 cawan air panas dan kacau.Panaskan pengukus dan kukus api sederhana (guna bekas aluminium foil,25 minit) (guna bekas sq 450 15 minit)
TOPPING CHEESE
500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping
1 cawan susu segar
Kalau nak cair tambah sikit susu
Blenderkan semua
Tuang atas kek.Kalau yang sq 450 atau kek loyang tu,kene masuk piping beg,lorek-lorek.Lorekkan pulak pakai ganace dan lorek pakai caramel.done.
Akhir kata selamat mencuba korang semoga dapat menambah pendapatan ya.
Credit : Azlina Ina Fans See Less