RESEPI APAM POLKADOT VERSI BUAH-BUAHAN

 


APAM POLKADOT VERSI BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan:

2 biji telur gred B / gred telur apa2 pun takpa ( mesti dari peti ais untuk kekalkan kegebuan apam lepas apam sejuk dan apam tak keras serta elak apam kecut bila masak)

1 sudu besar ovalate

3/4 cawan gula halus (kalau nak guna 1 cawan pon takpe,ina nak kurang manis)

1 cawan susu segar kotak atau susu cair

1 sudu kecil esen vanila

2 cawan tepung gandum(ape2 tepung gandum pon boleh)

1 sudu kecil baking powder

Pewarna kesukaan


CARA-CARA:

Masukkan telur,gula,ovalate dan esen vanila ke dalam mixer dan mix sampai pekat kembang ya.

Masukkan tepung dan susu cair selang2 sampai habis.

Bahagikan adunan dan letak pewarna serta ambik sikit untuk corak ke apa2 lukisan nanti.

Susun cup kertas dalam acuan lompang.

Masukkan adunan ke dalam piping bag.

Isi adunan penuh cup ya dan lukis guna piping bag apa-apa yang korang suka.

Panaskan kukusan,betul2 panas baru masukkan apam dalam pengukus.

Kukus 5 minit api sederhana besar.

Bila masak,bukak penutup kukus dan keluarkan.

Letak dalam dulang dan bila sejuk boleh keluarkan.

Next untuk kukus sila ingat ya, isi cup hanya cukup2 cup untuk kukus dan next kukus mesti kacau balik adunan atau kalau dah masuk piping,gonyoh2 sikit supaya liang udara hilang dan apam xberlubang.

Hidangkan untuk anak-anak mesti diorang hepi. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel