Resepi Puding Serikandi ( Puding Roti )

 


Resepi Puding Serikandi ( Puding Roti )


Bahan-bahan:

* 2 peket agar² tali 20g

* 2 tin susu cair

* 1 tin susu pekat

* 1 Roti potong Gardenia yg pendek ( Rm2.50 )

* 1 inci gula batu

* pewarna merah, hijau, kuning


Cara-cara:

* Masak agar² tali dgn air 1.2L x 2 (atau secukupnya)

* Masukkan gula batu

* Carik²kan roti potong tadi ke dlm susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yg tepi potong buang)

* Agar² dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. ( 1 bekas dlm 2 ke 3 senduk sahaja )

* Kecilkan api masukkan susu pekat kacau² sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka 😀

* Tinggal dgn api yg kecil

* 3 warna tadi dah beku potong dadu.

* Tabur kedalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yg dipotong dadu tadi dan masukkan roti yg rendam dlm susu cair tadi tuang agar² sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti,

ulang step 👆 sampai habis. 🥰

* Sejukkan sedikit. Simpan dlm peti ais. Dan hidangkan


Kredit ain ilfina See less

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel