Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP 2021
Bulan Ramadhan pada tahun 2021 umat Islam di Malaysia sekali lagi perlu mengerjakan solat tarawih bersendirian di rumahmemandangkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April kecuali sesetengah kawasan yang diberi kelonggaran untuk berjemaah di masjid dan surau mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Menjelang bulan Ramadhan ini, eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat Tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah supaya kita sama-sama dapat menghidupkan malam-malam bulan yang mulia ini.
Ada banyak kelebihan solat sunat terawih dan antaranya disebutkan dalam hadis Nabi SAW :
“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”. – HR Muslim
Berikut dikongsikan cara solat tarawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM.Tekan butang download sekarang untuk mendapatkan panduan lengkap solat sunat tarawih
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Solat sunat terawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.
Waktu Solat
Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan
sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat.
Bilangan Rakaat
Sembahyang sunat Tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Di Malaysia, umumnya kita melihat ada surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
Ini bukanlah satu masalah kerana pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih biasanya dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan.
Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat terawih sebanyak 20 rakaat.
Jadi, jangan gaduh-gaduh dan buatlah ikut kemampuan kita.