RESEPI KEK TAPAK KUDA

 


RESEPI KEK TAPAK KUDA

.

Bahan-bahan:

3 biji telur

3 biji kuning telur sahaja

108 g gula kastor

66 g tepung kek

1 sudu besar susu tepung

81 g butter (dicairkan)

1 sudu besar ovallete

esen vanila

1 sudu besar coklat emulco

Nutella


Cara-Cara:

1)Putarkan telur + gula + ovallet separuh kembang.

2)Masukkan tepung kek + susu tepung putar sehingga betul2 kembang.

3)Masukan butter cair dan esen vanila dikaup balik sehingga sebati.

4)Bahagi dua adunan (1 adunan dibiarkan plain,satu lagi adunan ditambah coklat emulco)

5)Alas baking paper pada tray 9x9 , letak adunan coklat dahulu ratakan pada tray..lepas ratakan hentak sikit tray.

6)Adunan plain dimasukan ke dalam piping bag,piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis.

7)Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak.

8)Lepas bakar terbalikan kek td ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian.

9)Pipingkan nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap ketat .masukan ke dlm peti ais..ulang pada bahagian kedua juga...satu adunan dpt 2 roll tapak kuda.. *lepas 30 min mcm tu letak dlm peti ais,boleh potong dan mkn

*Resepi google x ingat empunya nya..

*Selamat mencuba.



Kredit : noorsila andul rahim .

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel