Resepi Bergedil Popia Daging dan Cili Kicap

 


Resepi Bergedil Popia Daging dan Cili Kicap


Bahan-Bahan:

Kentang 5 biji – Goreng/lenyek

Cili Besar Merah 1biji – Hiris halus

Daun Bawang Secekak – Hiris halus

Bawang Goreng Sesenduk

Daging Lembu Kisar * Buh sedap.Takde takpe

Serbuk Lada Putih

Perasa

+ Gaul semua bahan diatas. Bebolakan atau bentukkan panjang. Ikut suka.


Cara Buat Cili Kicap Pedas:

Cili Api Vietnam 10 biji

Cili Api Hijau 10 biji

Bawang besar sebelah

Bawang putih 3ulas

Kicap pekat

Kicap cair

Perasa

Air sikit


1. Goreng semua. Biar sejuk sikit, masuk blender semua bahan. Masukkan perasa, air sikit, kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas atau tak dan perahan limau sikit.


2. Nak tahan lama mesti masak sekejap atas dapur api kecil dalam 10 minit. Simpan peti tahan seminggu atau lebih.


Cara Gulung dan Goreng:

Kulit Popia

Air masak – agen pelekat/gam

Telur 3 biji

Tepung jagung

Serbuk perasa


1. Sehelai kulit popia, lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sikit sahaja. Bubuh begedil, dan isikan air dihujung lipatan sebagau agent pelekat. Dan boleh gulung.


2. Bancuh telur 3 biji, campur tepung jagung sesudu serta perasa. Kacau rata. Panaskan api, celup Bergedil Popia dan goreng kekuningan. Dah siap.



Resepi Oleh: Ana Kefli

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel