Abang Tikam Adik Sampai Mati
Abang Tikam Adik Sampai Mati
Satu kejadian menyedihkan berlaku di flat di Permyjaya Tudan apabila seorang adik maut di tangan abangnya hanya kerana sering meminta rokok dari abangnya itu.
Mangsa dikenali sebagai Frankie Nyegiang Ramlie (22 tahun) ditegur oleh abangnya (25 tahun) kerana sering meminta rokok daripadanya.
Ini komen pihak polis, Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan:
"Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur,"
"Suspek dan sepupunya telah menghantar mangsa ke Hospital Miri pada pukul 9 malam untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,"
Stanley berkata, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan tikaman di bahagian dada sebelah kanan dan kesan kelar di pergelangan tangan sebelah kiri.
Dikatakan ketika pergelutan berlaku, 3 individu yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan mereka namun gagal.
Mangsa serta suspek dipercayai sedang mabuk apabila sedang bersantai dan minum minuman keras bersama rakan dan sepupu.
4 lelaki termasuk abang mangsa, kesemuanya bekerja buruh kasar, berumur 24 hingga 33 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, sebilah pisau pemotong sayur dan parang panjang turut dirampas polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama