SELAMAT TAHUN BARU CINA
?????? ????? ????????????? ?????????
Tahun Baru Cina tertakluk sebagai cuti umum di Malaysia sejajar dengan kebersatupaduan persis aurora yang mewarnai setiap lapisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Bagi anak didikku di MTNP, cuti telah bermula pada 10 Februari 2013 sehingga 17 Februari 2013. Selamat bercuti diucapkan. Namun, untuk mengisi masa yang terluang dengan lebih bermanfaat, para guru telah membekalkan latihan untuk disiapkan pada musim cuti sekolah ini. Saya juga akan membekalkan latihan sempena cuti sekolah ini. Semua latihan tersebut akan saya kemaskini di bahagian INTERAKTIF pada pukul 5 petang ini. Sementara itu, anak-anak boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca informasi berkaitan Tahun Baru Cina yang saya sediakan di bawah.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong,Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan(Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (T?t), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
Jadual Penentuan Tarikh & Haiwan bagi Tahun Baru Cina
Haiwan | Tarikh | ||
? zi | |||
? chou | |||
? y�n | |||
? mao | |||
? ch�n | |||
? s� | |||
? wu | |||
? w�i | |||
? shen | |||
? you | |||
? xu | |||
? h�i |
*Untuk lebih informasi, boleh rujuk Sumber.
Iklan terbaik sempena Tahun Baru Cina daripada Petronas
Seperti biasa, setiap tahun Petronas akan menyentuh perasaan setiap lapisan masyarakat melalui penghasilan iklan yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan memerlukan pemikiran kritis kita sebagai manusia. Selamat menonton...