Luahan TMJ Atas Pemergian Muhammad Ali

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian bekas juara peninju juara heavyweight, Muhammad Ali.

Memetik muat naik posting di laman akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail atau dikenali sebagai TMJ mengakui beliau amat meminati Muhammad Ali sejak dahulu lapor Sinar Harian.

Luahan TMJ Atas Pemergian Muhammad Ali

�Al-Fatihah champ (juara). Salam takziah daripada saya kepada keluarga Allahyarham Muhammad Ali. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan insan-insan yang mendapat keredhaan ALLAH.

�Terima kasih kerana anda adalah salah seorang sumber inspirasi dalam hidup saya. Kamu adalah yang terbaik sepanjang zaman,� ujar Tunku Ismail.

Muhammad Ali dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 74 tahun selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel