Lelaki Hina Al-Quran, Amos Yee Diserang Lelaki Tak Dikenali (Video)
SEORANG penulis blog dan aktivis kontroversi Singapura, Amos Yee yang pernah memuat naik klip video memperlihatkan aksi dia �membuat hubungan seks� dengan Al-Qur�an diserang oleh lelaki tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lalu.
Insiden di pusat beli-belah Jurong Point itu merupakan kejadian kedua selepas dia ditampar seorang lelaki yang tidak dikenali di luar mahkamah tahun lalu lapor Mynewshub.
Menurut sebuah portal, Amos bertindak memuat naik rakaman video dirinya diserang suspek bertopi dan memakai cermin mata itu.
Menerusi sebuah klip video kompilasi yang dimuat naik berdurasi 3 minit 12 saat itu, jelas memaparkan kedua-dua kejadian yang menimpa Amos.
Dalam klip video tersebut, suspek itu cuba mendapatkan Amos kerana bertindak merakam dirinya tanpa kebenaran.
Lelaki itu dilihat memeluk Amos dari belakang dan mangsa (Amos) cuba bergelut untuk melepaskan diri daripadanya.
Keadaan menjadi kelam kabut dan hanya kedengaran Amos menjerit �Help Me�. Suspek mengheret Amos hingga keluar dari pasaraya tersebut dan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung di sana malah ada yang merakam aksi tersebut.
Sehingga klip video itu berakhir, suspek dilihat tidak melepaskan Amos yang masih meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.
Pada 28 Mei lalu, kami ada berkongsi sebuah klip video yang dibuat oleh Amos berniat untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.
Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Amos dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran. Tambah biadap lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai �bahan seks�.
Namun bahan video itu tidak dapat kami kongsikan di sini kerana Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia tiba-tiba menjadi sangat rajin dan memberikan amaran kepada pihak kami.
Susulan peristiwa itu, Amos yang berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan berniat melukakan perasaan penganut agama lain serta dua lagi pertuduhan kerana gagal melaporkan diri untuk membantu siasatan pihak polis Singapura.
Amos yang melakukan kesalahan itu pada November 2015 dan Mei lalu dibebaskan dengan ikat jamin $5000 (RM 15,073.95).