Lelaki Terperangkap Di Beranda Rumah Kerana Pengecas Telefon

KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu mengambil pengecas telefon yang terjatuh, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun terperangkap di berenda luar rumahnya pada ketinggian 13 tingkat.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang di bangunan kediaman Kem Wardieburn, Muhd Afif Ajmal, gagal masuk ke rumahnya semula selepas cuba mengambil pengecas telefon yang jatuh di berenda lapor Pixelperfext.

Lelaki Terperangkap Di Beranda Rumah Kerana Pengecas Telefon

Anggota tentera yang kebetulan mahu ke pejabat perumahan kem berkenaan terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong, lalu memaklumkan perkara itu kepada beberapa anggota yang lain.

Mereka kemudiannya memecahkan pintu rumah mangsa yang berkunci dan membantu mangsa. Mangsa telah berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Hasil soal siasat mendapati, mangsa cuba mengambil pengecas telefon yang terjatuh di luar berenda dengan keluar melalui grill tingkap. Apabila hendak masuk semula, mangsa mendapati tingkap terlalu tinggi menyebabkan mangsa gagal masuk ke dalam rumah semula.

Gara-Gara Pengecas Telefon, Lelaki Terperangkap Di Beranda Rumah Setinggi 13 Tingkat

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel