Datuk Aliff Syukri Bayar RM100 Juta Kalau Ada Bukti Minta Tanah Percuma

KUALA LUMPUR - Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri sebentar tadi menafikan dakwaan pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kononnya beliau meminta tanah yang bernilai RM80 juta, menyebakan KFA terpaksa menolak tajaan dari D'Herbs bernilai RM30 juta.

Jelas Datuk Terlajak Laris, beliau tidak pernah sesekali meminta tanah seperti yang didakwa, tetapi tanah itu ditawarkan sendiri oleh wakil lantikan KFA.

Datuk Aliff Syukri Bayar RM100 Juta Kalau Ada Bukti Minta Tanah Percuma

'Tidak pernah langsung saya mahu merampas tanah negeri Kedah. Tawaran tanah itu telah diusulkan kepada saya oleh wakil KFA.

"Kalau ada bukti yang menggatakan bahawa saya memohon untuk mendapatkan tanah itu secara percuma, tunjukkan dan saya akan bayar RM100 juta!," katanya.

Menurut Aliff lagi, beliau kecewa dengan tindakan pihak KFA yang secara tidak langsung mencemarkan imejnya dengan mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan menuduhnya mahu mendapatkan tanah itu secara percuma.

(Baca: �Saya Digelar Bangsat, Pencuri Harta Rakyat Kedah� - Datuk Aliff Syukri)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel