Kesan Rancangan Hiburan Bersifat Realiti dan Langkah-Langkah Menanganinya
Dunia hiburan sekarang semakin berkembangdi negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti , misalnya Vokal Bukan Sekadar Rupa, Maharaja Lawak, Mentor dan lain-lain telah diperkenalkan oleh syarikat televisyen tempatan. Rancangan Maharaja Rawak khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan menjejaskan masa depan orang ramai.
Kesan-Kesan
1. Pembaziran Masa
Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang. Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menagguh tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti yang menjadi kegemaran mereka. Segelintir pelajar sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut. Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi akademik mereka akan merosot, dan situasi ini sekali gus menjejaskan usaha kita untuk melahirkan pelajat yang tahu menghargai masadan cemerlang dalam bidang akademik.
2. Pengaruh Negatif
Selain itu cara berpakaian, pergaulan, ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. Oleh sebab itulah kebanyakan remaja di negara ini suka memakai pakaian yang menjolok mata. Pergaulan bebas antara artis lelaki dan artis perempuan juga menjadi amalan atau ikutan seetengah remaja. Golongan ini bertindak sedemikian kerana golongan artis sememangnya menjadi ikutan mereka. Lagipun, pada usia sebegini, golongan remaja mudah terikut-ikut dengan perlakuan orang lain. Selain menjejaskan imeg remaja, tindakan remaja ini turut menjejaskan imej masyarakat dan negara.

Langkah-Langkah
1. Mengehadkan Rancangan
Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal nin demikian kerana kebanyakan stesen televisyen tempatan menyiarkan rancangan hiburan bersifat realiti tanpa had untuk mengaut keuntungan. Stesen televisyen harus emikul tanggungjawab sosial untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bersifat mendidik masyarakat. Sehubungan dengan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan wajar menyediakan garis panduan tentang jumlah dan tempoh tayangan racangan yang wajib dipatuhi oleh semua stesen televisyen.
2. Menyediakan Garis Panduan
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khusunya tentang pekara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis serta juri yang terlibat. Garis panduan yang disediakan hendaklah menitik beratkan nilai-nilai ketimuran rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pengunaan bahasa kasar tidak dibenarkan. Selain itu, batas pergaulan antara artis lelaki dan artis perempuan serta gaya pemakaian mereka haruslah ditetapkan. Hal ini sedemikian kerana penonton mudah terpengaruh dengan apa yang terlihat oleh mereka. Oleh itu, kerajaan haruslah menyediakan garis panduan yang jelas.
Penutup
Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutamanya kepada golongan remaja. Pembaziran masa dan wang buka sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang dan cemerlang dalam semua bidang. Perlaksanaan tersebut tidak menuntut agar rancangan sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul atau langkah yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan, kesan-kesan negatif yang timbul menerusi rancangan yang bersifat realiti ini dapat dikurangkan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.