Abang Gam Mata Adik Kerana Cemburu
Abang Gam Mata Adik Kerana Cemburu
Ini merupakan satu kejadian yang berlaku di Riyadh, Arab Saudi. Seorang kanak-kanak yang baru berumur 18 bulan dilaporkan telah gam mata adiknya yang berusia 8 bulan.
Ini dikatakan berlaku kerana kanak-kanak itu merasa cemburu adiknya lebih disayangi.
Kanak-kanak berkenaan dikatakan telah menunggu ibunya tidur sebelum bertindak mengambil sebotol gam dari dalam laci dan memicitnya pada mata adiknya.
Bapa kanak-kanak itu iaitu Atallah Al Anzi berkata, dia percaya anaknya itu bertindak sedemikian kerana cemburu kerana adiknya itu lebih diberikan tumpuan oleh beliau dan isteri.
�Doktor membalut mata anak saya selama lima hari dan memberi keyakinan kepada saya bahawa dia dalam keadan baik dan matanya akan pulih seperti sedia kala,� kata Atallah.
Kesian adiknya. Semoga cepat sembuh. Ayah dan ibu juga kerana mainkan peranan, jangan terlalu sayangkan seorang anak dari anak yang lain.