"Siti Nurhaliza Kini Hamil 2 Bulan" - Keluarga Terdekat

"Siti Nurhaliza Kini Hamil 2 Bulan" - Keluarga Terdekat


Usia kan�dungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin kini dikatakan sudah memasuki bulan kedua. Siti yang kini berumur 36 tahun  dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.

Seluruh keluarga terdekat me�ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Ini komen keluarga terdekat Siti Nurhaliza:

�Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,� 

�Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak �mengiyakan� berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat �penafian� kerana memang benar Siti sudah hamil.

�Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan�dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

�Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua.

�Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan,� 

Sebelum ini, ada berita mengatakan Siti hamil setelah anak tirinya memberitahu berita baik itu. Namun Asyraf dan Siti Nurhaliza dikataakn cuba menafikannya. Ye lah kan masih awal.

Sumber: Utusan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel