Semakan Rayuan UPU 2016 Online IPTA Dan Politeknik
Semakan Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Sesi 2016-2017 Online. Permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik sesi 2016-2017 akan di buka kepada pemohon yang gagal bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 buat lepasan SPM manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. Untuk makluman, semakan UPU dan semakan rayuan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA - dahulunya IPTA), Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah seperti berikut :-
Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti berikut :-
Pengambilan kedua pula bermaksud pengambilan yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA di mana proses pengambilan kedua tidak melibatkan pihak UPU.
Tahniah kepada yang berjaya dan Surat tawaran rasmi dari UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dikeluarkan sehari selepas keputusan diumumkan melalui Laman Web masing-masing.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad.
Selamat membuat permohonan erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke UA yang dihajati.
Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti berikut :-
- Calon lepasan SPM/ Setaraf - 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016
- Calon lepasan STPM/ Setaraf - 8 Ogos 2016
- Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 jam 200 petang. Semakan penempatan pelajar pada 30 Mei 2016 jam 200 petang
Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016 Online
Bagi pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 melalui aplikasi e-Rayuan seperti di bawah ini.- Klik Applikasi : e-Rayuan UPU 2016
Perbezaan Permohonan Rayuan Dan Pengambilan Kedua
Dikongsikan dari FB UPU, permohonan rayuan ialah permohonan yang tidak berjaya menerima sebarang tawaran program dengan SYARAT telah mengemukakan permohonan awal (18 Januari hingga 4 April 2016).Pengambilan kedua pula bermaksud pengambilan yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA di mana proses pengambilan kedua tidak melibatkan pihak UPU.
Tahniah kepada yang berjaya dan Surat tawaran rasmi dari UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dikeluarkan sehari selepas keputusan diumumkan melalui Laman Web masing-masing.
Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA (UPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad.
Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016
Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh penting rayuan adalah seperti berikut:- Bagi calon lepasan SPM/setaraf
(26 Mei hingga 31 Mei 2016 : Minggu akhir Mei 2016) Rayuan dalam tempoh 5 hari
- Bagi calon lepasan STPM/setaraf
(e-Rayuan dibuka dalam tempoh 5 hari iaitu mulai 8 Ogos hingga 12 Ogos 2016. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA sahaja dibenar mengemukakan rayuan)
Semakan Rayuan UPU 2016
Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.Semakan keputusan rayuan UPU 2016
- Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.
? Tarikh semakan dibuka
- Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan UPU Ke IPTA. Politeknik Premier (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(13 Jun 2016 mulai jam 1200 tengahari) Klik Upu Online untuk semakan - Semakan keputusan rayuan untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf :-
- ILJTM (ADTEC, JMTI & ILP) ; 21 Jun 2016 di http://www.jtm.gov.my/semakjaya
- CIAST ; http://www.ciast.gov.my
- KOLEJ KOMUNITI ; http://www.jpkk.edu.my
- POLITEKNIK ; http://www.politeknik.edu.my
- NATC ; http://atpis.moa.gov.my/V4/result
- MARA (IKM & KKTM) ; Mulai 20 Jun 2016 di http://www.ekemahiran.edu.my
- Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-4 Ogos 2016 iaitu pada 25 Ogos 2016 jam 400 petang. Bagi mengisi kekosongan/ calon tolak tawaran, calon gagal perlu menunggu keputusan muktamad pada 9 September 2016) - Semakan Keputusan Rayuan 2 UPU 2016
Tarikh Semakan : 9 September 2016 (Hari Jumaat)
Waktu Semakan : Bermula 12.00 tengah hari
? Cara buat semakan
- Semakan secara online
Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016 - http://upu.mohe.gov.my/web/
- Semakan melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
Contoh: UPU RESULT 970222016745
Hantarkan SMS ke 15888
- Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Sebab-Sebab Permohonan Tidak Berjaya
Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
Selamat membuat permohonan erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke UA yang dihajati.